Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 2,000 kes sewa jangka pendek tidak diluluskan antara 2015-2017

Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) menerima lebih 2,000 aduan berkaitan penginapan jangka pendek yang tidak dibenarkan antara 2015 hingga 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 2,000 kes sewa jangka pendek tidak diluluskan antara 2015-2017

(Gambar hiasan: Jeremy Long)

Diterbitkan : 11 Jul 2018 06:10PM Dikemas Kini : 11 Jul 2018 06:12PM

SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) menerima lebih 2,000 aduan berkaitan penginapan jangka pendek yang tidak dibenarkan antara 2015 hingga 2017.

Ini didedahkan oleh Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong di Parlimen hari ini (11 Jul), semasa menjawab pertanyaan berkenaan penginapan jangka pendek oleh Anggota Parlimen Alex Yam, Melvin Yong dan Lee Bee Wah.

Daripada lebih 2,000 aduan itu, 1,808 kes melibatkan rumah-rumah privet dan 390 flat-flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Buat masa ini, rumah privet dan flat HDB masing-masing hanya boleh disewa bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga dan enam bulan. Ini bermakna, penginapan jangka pendek yang ditawarkan di platform-platform seperti Airbnb, tidak dibenarkan.

Notis-notis penguatkuasaan dikeluarkan bagi semua kes ini, kata Encik Wong.

"Kebanyakan mereka tidak akan mengulangi kesilapan mereka, dan segera mematuhi notis penguatkuasaan. Bagaimanapun, sekiranya seseorang enggan bekerjasama, URA akan berunding dengan Pejabat Peguam Negara (AGC) tentang pendakwaan," tambah beliau.

Awal tahun ini, dua rakyat Singapura menawarkan penginapan jangka pendek di platform Airbnb. Setiap pesalah didenda S$60,000. Kes tersebut merupakan kes pertama seumpama itu sejak peraturan baru diperkenalkan pada tahun lalu.

SOKONGAN TERHADAP PERATURAN YANG DIUSULKAN

Menyusuli sesi mengumpul maklum balas tentang rangka kerja pengawalseliaan bagi sewa jangka pendek, URA akan terus mengkaji respons-respons yang dikumpul, sebelum memutuskan bagaimana isu ini boleh ditangani, kata Encik Wong. Sesi mengumpul maklum balas itu dijalankan antara 16 April hingga 31 Mei lalu.

URA juga akan menimbangkan kesan STA terhadap industri hospitaliti, kata Encik Wong, sambil menambah rangka kerja pengawalseliaan termasuk pengawalan serupa yang dikenakan dalam industri pelayanan.

Ini termasuk syarat-syarat bagi hos-hos STA untuk mengumpul dan mencatat butiran peribadi para tetamu dan mematuhi peraturan-peraturan keselamatan kebakaran, serta saranan bagi platform khas bagi para pengendali untuk mendapatkan lesen. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan