Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 1.3 kg heroin dirampas, 5 ditangkap

Sekitar 1.31 kilogram heroin yang mempunyai nilai pasaran labih S$138,000 dirampas dan seramai lima individu yang disyaki pesalah dadah ditangkap menyusuli satu operasi yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB) semalam (5 Dis) menurut kenyataan biro tersebut hari ini (6 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 1.3 kg heroin dirampas, 5 ditangkap

Heroin yang dirampas Biro Narkotik Pusat. (Gambar: CNB)

Diterbitkan : 06 Dec 2017 06:15PM Dikemas Kini : 06 Dec 2017 06:18PM

SINGAPURA: Sekitar 1.31 kilogram heroin yang mempunyai nilai pasaran labih S$138,000 dirampas dan seramai lima individu yang disyaki pesalah dadah ditangkap menyusuli satu operasi yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB) semalam (5 Dis) menurut kenyataan biro tersebut hari ini (6 Dis).

Ia menyatakan bahawa para pegawai menyerbu sebuah flat di Toa Payoh East dan menangkap tiga individu yang disyaki pengedar dadah - dua lelaki dan seorang wanita.

CNB juga menyatakan bahawa sekitar 1 kilogram heroin ditemui dalam flat tersebut.

Ia menambah bahawa siasatan membawa kepada penangkapan seorang suspek pengedar dadah iaitu seorang lelaki yang berusia 44 tahun di pekarangan Tampines Street 44.

"Lelaki 44 tahun itu dipercayai merupakan penerima sebahagian daripada heroin yang dirampas dalam unit di Toa Payoh East itu," demikian menurut CNB.

Sekitar 313 gram heroin dirampas daripada suspek tersebut.

Seorang lagi penyalah guna dadah yang dilihat bertemu dengan lelaki berusia 44 tahun itu juga diberkas.

CNB menyatakan bahawa siasatan terhadap kegiatan dadah kesemua suspek itu sedang dijalankan.

Di bawah Akta Penyalah Gunaan Dadah, hukuman mati boleh dijatuhi sekiranya jumlah diamorphine (ataupun heroin) yang diedar melebihi 15 gram.

Menurut CNB, 15 gram diamorphine cukup bagi sekitar 180 penyalah guna dadah buat tempoh seminggu.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan