Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lawrence Wong: Makanan bentuk sebahagian penting dalam identiti Singapura

Pemerintah akan menjalankan penyelidikan dan menerbitkan dokumentari untuk rakyat Singapura mempelajari tentang hidangan khas yang disediakan oleh para penjaja makanan agar resipi mereka itu dapat juga dihidangkan di rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Lawrence Wong: Makanan bentuk sebahagian penting dalam identiti Singapura
Diterbitkan : 12 Mar 2015 06:38PM Dikemas Kini : 12 Mar 2015 06:53PM

SINGAPURA: Pemerintah akan menjalankan penyelidikan dan menerbitkan dokumentari untuk rakyat Singapura mempelajari tentang hidangan khas yang disediakan oleh para penjaja makanan agar resipi mereka itu dapat juga dihidangkan di rumah.

Encik Wong berkata, makanan membentuk sebahagian penting dalam identiti Singapura.

Oleh itu, kementeriannya akan berusaha untuk terus memelihara warisan makanan dan penjaja Singapura menerusi pelbagai cara.

Sebagai contoh - memberi lebih banyak perhatian dan pengiktirafan kepada para penjaja mapan.

Encik Wong menambah bahawa ramai penjaja akan diiktiraf di Kongres Makanan Jalanan Sedunia bulan depan, di mana Singapura akan menjadi tuan rumah kepada acara tersebut. 

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan