Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Latihan di Pusat Rochor papar gambaran realistik askar S'pura tangani ancaman

Menjalani latihan tentera di kawasan bandar seperti di Pusat Rochor akan memberi latihan realistik kepada askar-askar Singapura apabila menangani ancaman seperti pengganasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jul 2017 09:12PM Dikemas Kini : 17 Jul 2017 12:23AM

SINGAPURA: Menjalani latihan tentera di kawasan bandar seperti di Pusat Rochor akan memberi latihan realistik kepada askar-askar Singapura apabila menangani ancaman seperti pengganasan.

Demikian menurut seorang pakar dalam respons beliau terhadap rancangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk mengadakan latihan-latihan tersebut di Pusat Rochor.

"Kita bercakap tentang serangan yang berlaku di kawasan-kawasan padat, bangunan-bangunan, pusat-pusat membeli-belah, rumah-rumah kedai dan sebagainya. Jadi askar-askar kita perlu dilatih untuk menyesuaikan diri mereka dengan landskap ini," kata Pakar Penyelidikan RSIS, Dr Graham Ong-Webb.

Menurutnya, dengan mengadakan latihan di tengah-tengah bandar, memberi isyarat kepada pengganas agar berfikir dua kali jika ingin melancarkan serangan di Singapura.

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berkata latihan yang bermula semalam itu akan dijalankan sehingga Jumaat ini.

Senjata latihan serta piroteknik akan digunakan.

Pusat Rochor itu akan dikepung untuk memastikan keselamatan dan mengelakkan orang awam rasa cemas.

Orang ramai yang kami temui mengalu-alukan gerakan itu. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan