Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Larian suka ria Pokemon tarik sekitar 6,000 peserta

Sekitar 6,000 peminat Pokemon sanggup bangun awal pada pagi Sabtu (14 Jan) bagi acara yang digelar sebagai larian suka ria rasmi pertama yang bertemakan Pokemon di Asia Tenggara di Promontory @ Marina Bay, menurut pihak penganjur.

Anggaran Waktu Membaca:
Larian suka ria Pokemon tarik sekitar 6,000 peserta

Sekitar 6,000 peminat Pokemon menyertai larian suka ria yang bertemakan Pokemon di Asia Tenggara di Promontory @ Marina Bay. (Gambar: Pokemon Run Singapore 2017)

Diterbitkan : 14 Jan 2017 05:43PM Dikemas Kini : 14 Jan 2017 05:51PM

SINGAPURA: Sekitar 6,000 peminat Pokemon sanggup bangun awal pada pagi Sabtu (14 Jan) bagi acara yang digelar sebagai larian suka ria rasmi pertama yang bertemakan Pokemon di Asia Tenggara di Promontory @ Marina Bay, menurut pihak penganjur.

Para peserta memainkan peranan sebagai "pelatih" Pokemon dalam acara larian sejauh lima kilometer sepanjang pesisiran pantai itu, di mana mereka dapat mengumpul Pokeballs dan berhenti untuk bergambar bersama pelbagai jenis Pokemon.

(Gambar: Pokemon Run Singapore 2017)

"Pelatih-pelatih" muda - iaitu mereka yang berusia antara empat hingga 12 tahun - turut berpeluang untuk berlari bersama Junichi Masuda, seorang pengarah dan penggubah permainan-permainan Pokemon dan tetamu terhormat bagi acara larian tersebut.

Para peserta juga disambut dengan satu perbarisan Pikachu di garisan penamat. Acara tersebut turut menampilkan satu Taman Pokemon dengan patung-patung kertas Pokemon dan juga satu Bandar Pallet bagi menikmati pelbagai permainan, aktiviti dan makanan Jepun.

(Gambar: Pokemon Run Singapore 2017)

(Gambar-gambar: Pokemon Run Singapore 2017)

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan