Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah baru sudah diperkenal bagi perbaiki siasatan kematian NSF - Dr Ng Eng Hen

Beberapa langkah sudah diperkenalkan bagi memperkukuhkan proses siasatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menyusuli kematian anggota Perkhidmatan Negara penuh masa (NSF) Gavin Chan, Dave Lee dan Kok Yuen Chin baru-baru ini, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen.

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah baru sudah diperkenal bagi perbaiki siasatan kematian NSF - Dr Ng Eng Hen
Diterbitkan : 17 May 2018 04:16PM Dikemas Kini : 17 May 2018 04:19PM

SINGAPURA: Beberapa langkah sudah diperkenalkan bagi memperkukuhkan proses siasatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menyusuli kematian anggota Perkhidmatan Negara penuh masa (NSF) Gavin Chan, Dave Lee dan Kok Yuen Chin baru-baru ini, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen dalam satu kenyataan menteri hari ini (17 Mei).

Dr Ng berkata di Parlimen bahawa sebarang kematian askar SAF atau kakitangan Home Team "menyedihkan" kerana mereka berkhidmat dengan kesetiaan, komitmen dan kebanggaan demi mempertahan negara ini - "lumrahnya dalam keadaan mencabar dan berbahaya (meskipun) mereka mengetahui risiko pada diri mereka sendiri."

"Lebih menyakitkan lagi adalah kematian NSF yang masih muda lagi - kami semua merasakannya dengan amat sangat," kata beliau. "Dewan ini menyampaikan takziah yang mendalam kepada keluarga 3SG Gavin Chan, CFC Dave Lee dan CPL SCDF Kok Yuen Chin. Kami akur bahawa tiada kata-kata yang dapat menggantikan kehilangan mereka."

Kenyataan Dr Ng adalah sebagai respons kepada pertanyaan-pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Henry Kwek dan Vikram Nair, Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Dennis Tan dan AP Dipilih (NMP) Ganesh Rajaram.

Dr Ng juga mengulangi komitmen Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk memastikan bahawa kematian semasa latihan di SAF boleh dicegah dengan membentuk sistem keselamatan dan menguatkuasakannya. Beliau akur bahawa ia adalah "matlamat yang sukar," tetapi ia harus dicapai. Jika tidak, "sesebuah lagi keluarga akan kehilangan anak lelaki kesayangan".

MEMPERBAIKI KESELAMATAN LATIHAN

Dari segi langkah-langkah keselamatan semasa latihan, Dr Ng berkata bahawa ekoran kematian CFC Lee, SAF sedang menilai penggunaan peralatan peribadi yang boleh dipakai untuk memantau keadaan seseorang askar di masa nyata.

MINDEF juga akan menubuhkan sebuah Panel Perubatan Luar seperti yang dilakukan pada 2010 untuk menyemak dasar-dasar dan langkah-langkah SAF bagi menguruskan kecederaan akibat kepanasan atau haba, khususnya selepas suhu di negara ini kian meningkat sejak 20 tahun kebelakangan ini, tambah beliau.

Proses siasatan bebas dan adil akan dijalankan menyusuli sesuatu kematian untuk mengenal pasti fakta-fakta utama bagi mencapai kesimpulan yang sesuai, mengambil langkah pemulihan demi memastikan bahawa kesilapan tersebut tidak diulangi, kata Dr Ng.

"Ini termasuk menghukum mereka yang menyebabkan kematian tersebut kerana kelakuan yang tidak menghiraukan keselamatan dan lalai," tegas beliau.

Bukti proses sedemikian boleh dilihat dalam siasatan terhadap kematian CPL Chan dan CFC Lee memandangkan siasatan Jawatankuasa Penyiasat (COI) dan pihak polis sedang berlangsung, menurut Dr Ng.

"Mereka yang sepatutnya dihukum, akan dihukum," jamin beliau lagi.

PIHAK LUAR AKAN MENGANGGOTAI COI

Sebagai tambahan kepada proses itu, Dr Ng berkata bahawa MINDEF sudah berbincang dengan Panel Semakan Luar bagi Keselamatan SAF (ERPSS) untuk menyertakan salah seorang daripada anggotanya dalam COI bagi kematian berhubung latihan.

ERPSS terdiri daripada pakar-pakar keselamatan dan para karyawan di luar SAF dan ia membantu "meneliti" sistem pengurusan keselamatan MINDEF. Ia menghantar laporan secara berkala kepada Dr Ng tentang ketahanan sistem tersebut dan mengusulkan saranan untuk memperbaikinya.

Selain itu, COI menyerahkan laporan penuhnya kepada ERPSS untuk "soalan-soalan lanjut, komen dan pandangan" dan panel berkenaan akan menyiapkan laporan awam bertulis tentang hasil siasatan COI, tambah Dr Ng.

"Dengan lapisan keselamatan yang berbagai-bagai dan pakar di dalam dan luar SAF, kami boleh bergerak secara tegas untuk mencapai sifar kematian semasa latihan sebagai satu kebiasaan," kata Dr Ng.

Meskipun Dr Ng menarik perhatian kepada purata satu kematian berhubung latihan NS setiap tahun sepanjang dua dekad ini. Walaupun beliau akur bahawa "sukar" untuk membanteras berlakunya kematian semasa latihan, ia "mesti dilakukan".

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan