Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Laluan NEL jalani kerja peningkatan besar-besaran mulai 2019

Laluan MRT Timur Laut (NEL) akan menjalani kerja-kerja peningkatan besar bermula 2019. Pada masa-masa tertentu waktu operasi di Laluan NEL akan dipendekkan, mulai bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Dec 2018 08:07PM Dikemas Kini : 18 Dec 2018 01:07AM

SINGAPURA: Laluan MRT Timur Laut (NEL) akan menjalani kerja-kerja peningkatan besar bermula 2019.

"Kerja-kerja naik taraf kereta api adalah langkah besar pertama dalam usaha yang memakan masa beberapa tahun ini," menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SBS Transit dalam satu kenyataan media pada Isnin (17 Dis).

Satu kontrak bernilai sekitar S$116.7 juta diberikan kepada syarikat CRRC Nanjing Puzhen untuk melakukan kerja-kerja peningkatan terhadap kesemua 25 kereta api generasi pertama yang berkhidmat di Laluan NEL.

Kerja peningkatan itu akan bermula dalam suku pertama tahun depan dan dijadualkan selesai menjelang suku ketiga tahun 2024.

"Bekas barisan pentadbiran SMRT tidak membuat pelaburan secukupnya bagi Laluan Utara Selatan dan Timur Barat (NSEWL) dan melakukan yang minimum apabila NSEWL memerlukan kerja-kerja peningkatan," kata Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan pada Isnin.

"Kesan-kesan keputusan mereka pada tahun-tahun itu baru diperbetulkan beberapa tahun lalu dan menimbulkan ketidakselesaan kepada penumpang," tambah beliau.

(Gambar: LTA)
(Gambar: LTA)

Pada masa-masa tertentu waktu operasi di Laluan NEL akan dipendekkan, mulai bulan depan.

Ia bagi memberi lebih banyak masa bagi dilakukan kerja penyenggaraan dan pembaharuan.

Bas-bas ulang alik akan disediakan pada waktu yang berkenaan. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan