Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lagu Cina berirama Melayu meriahkan sambutan Tahun Baru Cina Masjid Yusof Ishak

Alunan lagu Cina yang dengan rentak irama Melayu memeriahkan suasana di satu majlis sambutan Tahun Baru Cina di Masjid Yusof Ishak hari ini (24 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Feb 2018 04:14PM Dikemas Kini : 24 Feb 2018 09:12PM

SINGAPURA: Alunan lagu Cina yang dengan rentak irama Melayu memeriahkan suasana di satu majlis sambutan Tahun Baru Cina di Masjid Yusof Ishak hari ini (24 Feb).

Diadakan buat pertama kalinya, sambutan sederhana tetapi meriah itu disertai hampir 100 penghuni dari tiga rumah rawatan warga tua iaitu Swami Home, SunLove dan Orange Valley.

Selain dihidangkan jamuan tengah hari, mereka juga diberikan 'hongbao' serta dua buah oren sebagai tanda tradisi kaum Cina.

Sambutan Tahun Baru Cina Masjid yusof Ishak. (Gambar-gambar: Nashita Kamir/BERITAMediacorp)

Menurut Pengerusi Masjid Yusof Ishak, Encik Mohammad Ayub Johari, acara sedemikian menunjukkan betapa beruntungnya rakyat Singapura kerana berpeluang meraikan bersama perayaan masing-masing dan mempereratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.

"Ini adalah satu kekayaan kepada negara kita kerana adanya persefahaman, perpaduan dan kerjasama serta hormat menghormati antara satu sama lain daripada semua lapisan rakyat Singapura," tambah beliau sambil berkata usaha sedemikian juga perlu diperkuatkan lagi.

Sambutan Tahun Baru Cina Masjid yusof Ishak. (Gambar-gambar: Nashita Kamir/BERITAMediacorp)

Turut hadir di acara berkenaan ialah Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) merangkap Menteri Kedua Pertahanan, Encik Ong Ye Kung. Beliau ditemani Anggota Parlimen bagi GRC Sembawang, Vikram Nair.

Sambutan itu disifatkan Encik Ong sebagai "satu acara istimewa" dan mencerminkan semangat mantan Presiden Yusof Ishak.

"Sambutan itu menunjukkan semangat Encik Yusof Ishak bahawa kita sebagai satu Singapura, kita hidup bersama dalam harmoni sebagai sebuah negara dan kita sentiasa memberi bantuan kepada yang kurang berkemampuan," kata beliau.

Menurut Encik Vikram, sejak masjid itu bertapak di kawasan Woodlands tahun lalu, pihak jawatankuasanya sering melibatkan penduduk dari berbilang kaum dan agama dalam beberapa acaranya.

Malah, undangan untuk meraikan perayaan kaum lain turut dipenuhi.

"Sebuah biara juga pernah menjemput para kakitangan masjid ini dan dengan semangat yang baik, mereka menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di sana.

"Jadi saya rasa, proses sedemikian bukan sahaja dapat menggalak pelibatan tetapi juga meningkatkan pemahaman," ujar beliau lagi. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NT/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan