Laba bersih Singtel jatuh 5.6% bagi hasil suku pertama
Singapore Telecommunications (Singtel) pada Jumaat (11 Ogos) melaporkan penurunan laba bersih sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama.
SINGAPURA: Singapore Telecommunications (Singtel) pada Jumaat (11 Ogos) melaporkan penurunan laba bersih sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama.
Ini disebabkan bayaran yang dikenakan dan sumbangan lebih rendah dari Bharti Airtel dari India, iaitu salah sebuah syarikat sekutunya di rantau ini.
Pengendali telekom terbesar di Asia Tenggara itu melaporkan laba bersih sebanyak S$892 juta bagi tiga bulan sehingga Jun, termasuk bayaran sekali saja dari penyusunan semula tenaga kerja di anak syarikatnya dari Australia, Optus, berbanding S$944 juta setahun lalu.
Laba bersih yang terselindung, yang mengecualikan barangan sekali saja, pula jatuh 3.5 peratus.
Singtel menyatakan sumbangan laba sebelum cukai dari Airtel, iaitu pengendali telekom kanan India, turut menjunam 42 peratus disebabkan persaingan yang sengit.
Telko tersebut juga mendedahkan ia mengekalkan ramalan yang dikemukakan pada bulan Mei. Syarikat itu juga meramalkan hasil yang terkumpul untuk tumbuh sehingga pertengahan satu angka dan hasil sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pembahagian kos aset tidak ketara (EBITDA) sebanyak satu angka rendah bagi seluruh tahun ini hingga Mac 2018.
Pada bulan Julai, Singtel menyenaraikan unit jalur lebarnya NetLink NBN Trust ke dalam stok bagi orang ramai sebanyak $1.7 bilion, sekaligus mengurangkan pegangannya kepada 24.99 peratus.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.