Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kutipan Jumaat dijalankan bagi Dana Endowmen Ariff Ahmad yang masih perlu lebih S$1 juta

Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menyatakan, Dana Endowmen Pengajian Melayu Dr Muhammad Ariff Ahmad, masih memerlukan lebih S$1 juta untuk mencapai sasaran S$2.5 juta.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menyatakan, Dana Endowmen Pengajian Melayu Dr Muhammad Ariff Ahmad, masih memerlukan lebih S$1 juta untuk mencapai sasaran S$2.5 juta.

Dana itu ditubuhkan NTU pada 2009 sebagai penghormatan bagi Allahyarham Pendeta Ariff Ahmad, dan digunakan untuk menyemarakkan usaha memartabatkan bahasa dan budaya Melayu.

Untuk mengumpul lebih banyak dana, satu pungutan derma akan diadakan di masjid-masjid merata Singapura pada Jumaat ini (16 Mac).

Sumbangan orang awam kepada Endowmen Dr Muhammad Ariff Ahmad akan membolehkan ia memenuhi potensi sepenuhnya dalam melestarikan aset budaya dan sastera Melayu.

Ini termasuk siri penerbitan ilmiah Dr Muhammad Ariff Ahmad yang akan dilancarkan tidak lama lagi, serta penubuhan pusat dokumentasi kajian digital yang merakamkan tulisan yang dihasilkan Pendeta Ariff Ahmad, berkaitan pengajian Melayu.

HARAP KUMPUL LAGI S$150,000 MINGGU INI

Usaha pengumpulan dana yang pernah diadakan sebelum ini termasuk penjualan buku-buku tulisan Profesor Hadijah Rahmat yang hasilnya didermakan kepada dana berkenaan.

Jumaat ini, satu pungutan derma akan diadakan di semua masjid, yang diharap dapat menyumbang sekitar $150,000 kepada dana endowmen tersebut.

"Ini bukan pungutan yang pertama. Ini adalah pengumpulan yang kedua. Pengalaman daripada pungutan pertama itu amat baik dan kami amat bersyukur sekali.

"Nampaknya masyarakat memberi sambutan yang baik walaupun mungkin ini adalah dana yang tidak bersifat agama secara langsung jadi kami mengharapkan kali ini sambutannya sebaik yang lalu atau mungkin yang lebih baik lagi," kata Profesor Hadijah Rahmat.

Sejak ditubuhkan hampir sedekad lalu, dana ini menampung biasiswa untuk dua calon doktor falsafah, seorang calon sarjana dan sekumpulan pengkaji dari Universiti Sains Malaysia.

NTU, selaku pengendali kegiatan dan pelaksanaan biasiswa sejauh ini juga mengirim surat-surat rayuan kepada bekas penuntut NTU, selain individu dan badan-badan Melayu dan bukan Melayu, untuk memohon sumbangan kepada dana endowmen tersebut.  

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan