Images
  • coe car
    Gambar fail TODAY. 

Kuota COE lebih tinggi bagi tempoh Ogos-Oktober

SINGAPURA: Meskipun dengan dasar pertumbuhan sifar bagi jumlah kereta di Singapura, lebih banyak Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) akan diperuntukkan bagi tiga bulan selanjutnya. Jumlah COE yang diperuntukkan adalah 12.5 peratus lebih tinggi.

Dalam kenyataan medianya hari ini (12 Jul), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan bahawa kuota COE bagi bulan Ogos hingga Oktober adalah 27,683 - iaitu purata 9,225 COE setiap bulan.

Ia satu kenaikan berbanding 24,614 COE yang ditawarkan antara bulan Mei hingga Julai.

Kategori A (kereta sehingga 1,600cc dan dengan kuasa kuda yang tidak melebihi 97kW) akan menyaksikan lonjakan tertinggi dengan kuota sebanyak 3,328 berbanding 2,867 bagi tempoh sebelumya.

COE bagi motosikal juga naik dari 1,053 pada bulan Mei kepada 1,639 pada bulan Julai.  

- TODAY/AQ/aq

Top