Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kuota COE berkurangan bagi tempoh Mei hingga Julai tahun ini

Kuota Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) yang diperuntukkan bagi tempoh Mei hingga Julai akan merosot sekitar 4 peratus berbanding suku sebelumnya, menurut perangkaan yang dikeluarkan hari ini (19 Apr) oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Apr 2018 05:17PM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 09:14PM

SINGAPURA: Kuota Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) yang diperuntukkan bagi tempoh Mei hingga Julai akan merosot sekitar 4 peratus berbanding suku sebelumnya, menurut perangkaan yang dikeluarkan hari ini (19 Apr) oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Sejumlah 24,614 COE diperuntukkan untuk kesemua kategori kenderaan bagi tiga bulan akan datang mulai Mei ini, jatuh dari 25,636 yang diperuntukkan bagi tempoh Februari hingga April.

Ini merupakan kuota kedua di mana pertumbuhan sifar dikuatkuasakan. Kuota bagi kereta berkurangan, manakala jumlah COE motosikal pula naik sedikit. Lebih banyak COE juga akan diperuntukkan bagi kenderaan muatan dan bas berbanding tiga bulan sebelum ini.

Bagi kereta sehingga 1,600cc dan dengan kuasa kuda yang tidak melebihi 97kW dalam Kategori A, sebanyak 8,603 COE akan diperuntukkan. Purata kuota bulanan bagi suku ini adalah 2,867.

Kuota yang diperuntukkan bagi Kategori B, iaitu untuk kereta melebihi 1,600cc atau dengan kuasa maksimum yang melepasi 97kW, kuota bulanannya adalah 7,679. Bagi suku ini, purata kuota bulanannya adalah 2,559.

Kategori terbuka pula memperuntukkan 3,339 COE. Secara purata 1,113 diperuntukkan setiap bulan bagi suku ini.

Bagi Kategori C pula, iaitu untuk kenderaan muatan dan bas, kuota bulanannya adalah 1,832. Purata kuota bulanan bagi suku ini adalah 610.

Kuota COE motosikal dalam Kategori D adalah sebanyak 3,161, dengan kuota bulanannya sebanyak 1,053 diperuntukkan secara purata.

Tender COE pertama bagi kuota yang diperuntukkan ini akan dibuka pada bulan depan.

Bidaan untuk tempoh Ogos hingga Oktober pula akan diumumkan pada bulan Julai.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan