Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kucing terbiar di Pandan Gardens mati selepas ditikam di mulut

Penguasa Agromakanan dan Veterinar Singapura (AVA) sedang menyiasat kematian kucing terbiar di Jurong yang ditemui dengan luka akibat tikaman di mulutnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kucing terbiar di Pandan Gardens mati selepas ditikam di mulut

Kucing yang ditemui berdarah di bahagian mulutnya. (Gambar: Facebook / Mahlil Gallagher)

Diterbitkan : 18 Jan 2018 09:50AM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 09:52AM

SINGAPURA: Penguasa Agromakanan dan Veterinar Singapura (AVA) sedang menyiasat kematian kucing terbiar di Jurong yang ditemui dengan luka akibat tikaman di mulutnya.

Gambar-gambar kucing tersebut dimuat naik ke Facebook oleh seorang penduduk Pandan Gardens Muhammad Mahlil yang menunjukkan mulut kucing yang berlumuran darah dengan luka tikaman yang besar di bahagian atas mulutnya.

Dalam catatannya itu, Encik Mahlil berkata "kucing ini sudah bersama kami selama lebih 10 tahun", dan ia dianggap sebagai "kucing kesayangan penduduk". Beliau juga menulis bahawa isu tersebut sudahpun dirujuk kepada para Anggota Parlimen kawasan itu.

Beliau memberitahu Mediacorp bahawa kucing tersebut, yang dinamakan "Senget" oleh beliau dan jiran tetangganya, ditemui cedera dengan titisan darah di lobi lif di kolong blok pada 5 Januari oleh salah seorang penduduk. Encik Mahlil turut mengatakan bahawa kucing berkenaan mati di klinik haiwan.

Kucing tersebut dipercayai sering dilihat di tingkat tinggi blok HDB dan akan masuk ke dalam rumahnya, kata Encik Mahlil, yang turut menambah bahawa beliau memuat naik gambar-gambar dan video kucing yang cedera itu di Facebook untuk meningkatkan kesedaran orang ramai.

Dalam responsnya kepada Mediacorp, AVA menyatakan semalam (17 Jan) bahawa pihaknya sedang menyiasat kes tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi pihaknya.

"Semua maklumat yang diberikan akan dirahsiakan," tambah AVA.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan