Kontraktor Kebun Bunga S'pura dijel 2 minggu kerana tunjuk gambar lucah kepada budak lelaki
Seorang pekebun di Kebun Bunga Singapura dijatuhi hukuman penjara selama dua minggu pada hari Jumaat (19 Mei) kerana menunjukkan gambar lucah kepada seorang budak lelaki berusia 13 tahun di Taman Kanak-Kanak Jacob Ballas pada Disember tahun lalu.
SINGAPURA: Seorang pekebun di Kebun Bunga Singapura dijatuhi hukuman penjara selama dua minggu pada hari Jumaat (19 Mei) kerana menunjukkan gambar lucah kepada seorang budak lelaki berusia 13 tahun di Taman Kanak-Kanak Jacob Ballas pada Disember tahun lalu.
Chua Ah Guan, 59 tahun, memanggil budak itu, yang bersiar-siar secara sendirian di kebun tersebut dan berkata: "Boy, saya ada sesuatu yang saya ingin tunjuk awak."
Apabila, budak lelaki itu mendekatinya, Chua menunjukkan gambar zakar dalam telefon bimbit Chua.
Budak itu berteriak "pervert" dan meminta pertolongan. Seorang anggota Perkhidmatan Negara (NS) Nigel Tay yang berusia 21 tahun, mendengar jeritan budak itu dan membantunya.
Gambar lucah itu merupakan salah satu daripada 157 gambar lucah dalam telefon bimbit Chua.
Hakim Daerah Kessler Soh bersetuju dengan para pendakwa bahawa hukuman tahanan diperlukan dalam kes-kes di mana mangsa merupakan seorang kanak-kanak. "Kanak-kanak perlu dilindungi" dari "pengaruh yang merosakkan" pada gambar-gambar lucah, menurut Hakim Soh.
Menurut Hakim Soh, mengambil kira usia budak lelaki itu dan pentingnya untuk mencegah kesalahan sedemikian, denda saja bukan hukuman yang mencukupi.
Chua boleh dipenjara selama setahun dan/atau didenda kerana menunjukkan gambar lucah kepada budak lelaki bawah usia 21 tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.