Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kontraktor cuba kurangkan gangguan di stesen MRT Orchard, kata Janil Puthucheary

Para kontraktor yang membina laluan penghubung baru bagi para penumpang dari stesen MRT Orchard, sedang cuba mengurangkan gangguan ke atas penduduk dan perniagaan berdekatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kontraktor cuba kurangkan gangguan di stesen MRT Orchard, kata Janil Puthucheary

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 13 Jul 2018 05:41PM Dikemas Kini : 13 Jul 2018 08:06PM

SINGAPURA: Para kontraktor yang membina laluan penghubung baru bagi para penumpang dari stesen MRT Orchard, sedang cuba mengurangkan gangguan ke atas penduduk dan perniagaan berdekatan, kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan Janil Puthucheary pada Jumaat (13 Jul).

Laluan sepanjang 60 meter itu yang terletak 30 meter di bawah tanah akan menghubungkan platform Laluan Utara Selatan (NSL) dengan Thomson-East (TEL). Ia akan membolehkan para penumpang untuk berjalan antara kedua-dua laluan tanpa perlu mengimbas keluar kad tambang mereka.

"Kami meminta maaf dan sudah cuba mengurangkan bunyi bising serta gangguan trafik," kata Dr Puthucheary dalam lawatan ke tapak itu.

"Namun ada yang tidak dapat dielakkan kerana kami perlukan akses ke tapak ini dan perlu melakukan kerja-kerja. Namun kami cuba kurangkan sedaya upaya gangguan terhadap perniagaan dan penduduk di kawasan berdekatan."

Stesen TEL Orchard dijadual buka pada 2021.

Selain laluan langsung antara kedua-dua platform, sebuah jabanah sepanjang Orchard Boulevard akan dibina untuk menghubungkan stesen TEL Orchard dengan Wheelock Place.

Laluan TEL sepanjang 43 kilometer akan menambah lagi 31 stesen baru ke rangkaian kereta api sedia ada, dengan tujuh stesen pertukaran yang akan menghubungkannya dengan kesemua lima laluan MRT sedia ada.

Ia dijangka beroperasi menjelang 2024.

Pengendali pengangkutan SMRT ditawarkan tender untuk mengendali dan menyelenggara laluan tersebut.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan