Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kongres Beras Antarabangsa beri amaran harga beras lebih mahal

Institut Kajian Beras Antarabangsa memberi amaran tentang harga beras yang mungkin meningkat lebih 30 peratus menjelang 2050, sekiranya tiada tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah-masalah bekalan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Oct 2018 06:08PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 12:29AM

SINGAPURA: Institut Kajian Beras Antarabangsa memberi amaran tentang harga beras yang mungkin meningkat lebih 30 peratus menjelang 2050, sekiranya tiada tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah-masalah bekalan.

Ini termasuk mengesan perubahan iklim dan pertumbuhan lebih perlahan dalam bekalan.

Untuk itu, para pengkaji dan penggubal dasar dari merata dunia berkumpul di Singapura bagi Kongres Beras Antarabangsa 2018.

Di pembukaan persidangan tiga hari itu, para pegawai dari pertubuhan-pertubuhan pertanian dan kajian sejagat, termasuk Singapura, mengulangi komitmen untuk menamatkan masalah kelaparan di dunia.

Mereka turut menyeru pemerintah-pemerintah dan sektor swasta supaya bekerjasama bagi menangani keselamatan makanan di merata dunia. Ini termasuk pelaburan dalam tranformasi kawasan pedalaman dan mendidik para petani tentang amalan bercucuk tanam yang mampan.

Ini kerana amalan menanam padi secara tradisional menyumbang kepada pengeluaran gas karbon.

Para pengkaji pula berbincang tentang pasaran beras bagi masa depan serta perlunya mewujudkan versi beras yang lebih sihat di pasaran-pasaran negara maju. 

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan