Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kit ujian air liur untuk kesan HFMD

Para penyelidik NUS sudah membangunkan kit ujian air liur untuk mengesan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Aug 2018 08:46PM Dikemas Kini : 21 Aug 2018 09:31PM

SINGAPURA: Para penyelidik NUS sudah membangunkan kit ujian air liur untuk mengesan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Hasil ujian didakwa lebih cepat, tepat dan murah.

Dalam satu kerjasama dengan A*STAR dan Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak, kajian itu yang pertama seumpamanya di dunia menggunakan mikro air liur iaitu RNA sebagai penanda diagnostik.

Ia bagi mengesan secara tepat mereka yang menghidapi HFMD.

Penyakit HFMD boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair tubuh pesakit.

Buat masa ini, tiada vaksin yang diluluskan di sini bagi penyakit tersebut. Wabak HFMD berlaku di sini setiap dua hingga tiga tahun.

Jumlah kes yang dilaporkan paling besar adalah pada 2016 dengan lebih 42,000 kes.

Namun sehingga Ogos ini, terdapat sekitar 29,000 kes. Para penyelidik memberi amaran bahawa jumlah ini "mencemaskan".

Mereka juga meramalkan jumlah kes HFMD tahun ini akan lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ujian-ujian di hospital kini termasuk mengambil bahan uji tekak dan sampel darah, sesuatu yang mengambil masa yang agak lama dan invasif.

Lantaran itu, antara tujuan kerjasama NUS, A*STAR dan Hospital KK ini adalah untuk menyediakan ujian yang lebih mudah.

Seseorang itu hanya perlu meletakkan kit itu di bawah lidah sehingga span menyerap air liur dan meletakkan semula span berkenaan ke dalam kit tersebut.

Selepas dua jam, mereka boleh tahu jika mereka ada tanda-tanda menghidapi HFMD.

Ujian ini juga dapat mengesan virus tersebut dalam peringkat awal dan dijangkakan dapat dipasarkan dalam masa dua tahun akan datang.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan