Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kim Jong Un pemimpin muda yang berkeyakinan, kata PM Lee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilihat sebagai pemimpin muda yang berkeyakinan yang menginginkan satu pembaharuan bagi negaranya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kim Jong Un pemimpin muda yang berkeyakinan, kata PM Lee

PM Lee dalam satu wawancara bersama CNN pada 11 Jun (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 12 Jun 2018 08:37AM Dikemas Kini : 12 Jun 2018 08:39AM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilihat sebagai pemimpin muda yang berkeyakinan yang menginginkan satu pembaharuan bagi negaranya.

PM Lee berkata demikian dalam satu temu bual dengan ketua koresponden antarabangsa CNN, Christine Amanpour pada Isnin (11 Jun).

PM Lee mengadakan pertemuan dengan Encik Kim untuk pertama kalinya Ahad lalu (10 Jun), di mana kedua-dua pemimpin membincangkan mengenai hubungan Singapura dan Korea Utara serta perkembangan serantau.

Satu pertemuan berasingan turut diadakan antara Presiden Donald Trump dan rombongannya dengan PM Lee semalam.

PM Lee berkata beliau berharap sidang puncak antara kedua-dua negara itu akan menghasilkan sesuatu yang membina.

"Kita berharap dengan menyediakan lokasi yang berkecuali, dan dipersetujui kedua-dua belah pihak, kita dapat mengupayakan satu sidang yang dapat menjernihkan keadaan di Korea sejak beberapa bulan kebelakangan ini," kata PM Lee.

"Jika ada ketegangan di Timur Laut Asia, di Semenanjung Korea, ia akan menjejas kestabilan serantau. Asia Tenggara dan seluruh dunia tidak akan terkecuali daripada akibatnya."

"Saya rasa jika pertemuan ini boleh mendatangkan hasil yang positif, dan kita boleh menyumbang kepadanya, ia menjadi satu tanggungjawab untuk kita," tambah PM Lee.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan