Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat kereta api antara Farrer Park, Potong Pasir tergendala 1 jam

Khidmat kereta api antara stesen Farrer Park dengan Potong Pasir tergendala petang tadi (15 Okt) disebabkan masalah bekalan elektrik.

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat kereta api antara Farrer Park, Potong Pasir tergendala 1 jam

Gambar fail stesen MRT Farrer Park. (Gambar: Wiki Commons)

Diterbitkan : 15 Oct 2018 05:45PM Dikemas Kini : 15 Oct 2018 05:51PM

SINGAPURA: Khidmat kereta api antara stesen Farrer Park dengan Potong Pasir tergendala petang tadi (15 Okt) disebabkan masalah bekalan elektrik.

Demikian menurut SBS Transit melalui kiriman tweetnya.

Sepanjang tempoh khidmat kereta api berkenaan tidak dapat beroperasi, bas-bas percuma disediakan di perhentian-perhentian bas antara stesen-stesen terjejas.

SBS Transit turut menasihati para penumpang supaya menjangkakan tambahan 20 minit pada masa perjalanan bagi kedua-dua arah di laluan kereta api itu.

Namun, pada jam 4.53 petang tadi, SBS Transit mengumumkan kereta apinya sudah kembali beroperasi seperti sediakala.

Khidmat bas percuma tidak lagi disediakan mulai jam 5.07 petang tadi.

"Kami meminta maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku," menurut SBS Transit.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan