Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ketua Paderi Katolik William Goh ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam S'pura

SINGAPURA: Ketua Paderi Katolik William Goh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Paderi Katolik William Goh ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam S'pura

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 14 Jun 2018 09:17PM Dikemas Kini : 14 Jun 2018 09:26PM

SINGAPURA: Ketua Paderi Katolik William Goh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam tempatan.

Dalam suratnya kepada Mufti Negara Dr Mohamed Fatris Bakaram, Ketua Paderi Goh berkata di sebalik prasangka dan kesangsian dalam dunia hari ini, kedua-dua umat Islam dan Katolik bersungguh-sungguh dalam misi menjalin hubungan antara agama yang berkekalan, saling mempercayai dalam ruang bersama yang selamat.

Ketua Paderi Goh juga berharap para penganut kedua-dua agama akan saling bekerjasama, bergembira dan meraikan kejayaan tidak kira kecil atau besar secara bersama.

Mengucapkan terima kasih kepada Ketua Paderi Goh atas ucap selamatnya itu, Mufti Dr Fatris berkata kedua-dua agama, seperti kebanyakan agama lain, bersatu dalam keyakinan untuk tidak membataskan kebaikan atau belas ihsan hanya kepada masyarakat sendiri.

Dr Fatris menambah umat Islam diingatkan bahawa semangat kerohanian yang dipupuk dalam bulan Ramadan harus disalurkan kepada amalan positif yang akan menyumbang kepada kemakmuran dan pembangunan Singapura.  

Sumber : CNA/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan