Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes Fahrorazi Sohoi: Tempoh ikat jamin dilanjutkan

Sebutan kes Fahrorazi Sohoi ditangguhkan ke hujung bulan Oktober. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Fahrorazi Sohoi yang dikenakan satu tuduhan menipu melibatkan skim yang disebut 'HAJI VIP' hari ini (5 Okt) hadir di Mahkamah Negara bagi sebutan ketiga kesnya.

Sekalipun demikian, memandangkan siasatan kes masih belum selesai dijalankan, tarikh sebutan ditangguhkan ke hujung bulan ini, iaitu 30 Oktober.

Hakim Daerah Christopher Goh juga melanjutkan tempoh ikat jamin Fahrorazi.

Fahrorazi atau lebih dikenali sebagai Ustaz Fahrur Razi Kiayi Kassim hadir di mahkamah, dengan mengenakan kemeja biru dan dia diwakili peguamnya, Mohamed Niroze Idroos dari syarikat I.R.B Law LLP.

Semasa ditemui BERITAmediacorp, Encik Mohamed Niroze berkata setakat ini pihak pendakwa raya belum selesai menjalankan siasatan.

"Pihak pendakwa raya masih belum bersedia. Mereka belum lagi selesai siasatan dan setakat ini hanya terdapat satu pertuduhan," kata Encik Mohamed Niroze.

Fahrorazi setakat ini dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yakni menipu dan dengan cara yang tidak jujur memperdayakan mangsa supaya menyerahkan (bayaran, harta dan sebagainya).

Fahrorazi ditangkap pada 15 Ogos lalu menyusuli satu aduan polis yang dibuat ke atasnya oleh Encik Mohammad Farehan Mohammad Hussein.

Dia didakwa di Mahkamah Negara pada 17 Ogos atas satu tuduhan menipu dan ditahan reman sehingga 24 Ogos bagi membantu siasatan.

Semasa sebutan kedua kes pada 24 Ogos, Hakim, mendedahkan ada lagi 84 tuduhan yang masih belum dibacakan.

Fahrorazi dibebaskan dengan ikat jamin S$10,000 dan pasportnya ditahan pihak berkuasa.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 420, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan