Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes curi minyak Shell: 3 suspek dikenakan 1 lagi dakwaan tambahan

Tiga daripada 14 suspek yang didakwa minggu lalu berhubung kes mencuri minyak bernilai jutaan dolar di loji Shell, dikenakan satu lagi dakwaan tambahan hari ini (18 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jan 2018 08:09PM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 11:20PM

SINGAPURA: Tiga daripada 14 suspek yang didakwa minggu lalu berhubung kes mencuri minyak bernilai jutaan dolar di loji Shell, dikenakan satu lagi dakwaan tambahan hari ini (18 Jan).

Dua lelaki warga Singapura - Alan Tan Cheng Chuan dan Ng Hock Teck - masing-masing dikenakan satu dakwaan kerana bersuhabat dalam kes pecah amanah dengan menerima barangan yang dicuri.

Mereka didakwa menerima lebih 760 tan minyak gas marin bernilai lebih $250,000 pada 24 Julai tahun lalu.

Menurut dokumen-dokumen mahkamah, minyak yang dicuri itu dipindahkan dari loji Shell di Pulau Bukom ke sebuah kapal.

Suspek ketiga, warga Vietnam Doan Xuan Than menghadapi tuduhan yang sama.

Dia didakwa bersubahat dengan seorang lagi lelaki untuk menerima lebih 1,100 tan minyak gas bernilai hampir AS$640,000 (S$850,000) pada 1 Disember tahun lalu.

Tiga suspek itu akan dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan seterusnya pada 25 Januari.  

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan