Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes culik dan rogol di Taman Kolam Air MacRitchie: Pembelaan suspek "sukar dipercayai"

Pekerja binaan warga Bangladesh yang dituduh menculik dan merogol seorang pendaki di Taman Kolam Air MacRitchie  memberikan versi kejadian itu, hari ini (18 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes culik dan rogol di Taman Kolam Air MacRitchie: Pembelaan suspek "sukar dipercayai"

Gambar fail Kolam Air Macritchie.

Diterbitkan : 18 May 2017 10:28PM Dikemas Kini : 18 May 2017 10:33PM

SINGAPURA: Pekerja binaan warga Bangladesh yang dituduh menculik dan merogol seorang pendaki di Taman Kolam Air MacRitchie memberikan versi kejadian itu, hari ini (18 Mei).

Pramanik Liton, 24 tahun mengaku nampak wanita itu, seorang warga China berusia 40 tahun, pada 8 Februari 2015 dan mengekorinya.

Bagaimanapun, Liton menegaskan bahawa dia "tidak menyentuhnya", apatah lagi merogol wanita tersebut. Liton berkata, dia hanya "cuba untuk menakut-nakutkan (wanita itu) dengan memekik dan menjerit"

Dia mendakwa tidak bercakap dengan wanita tersebut, tetapi hanya membuat bunyi- bunyian. "Saya hanya cuba untuk menakut-nakutkannya dan dia meninggal dunia akibat ketakutan."

Timbalan Pendakwa Raya, Stella Tan, berkata adalah jelas bahawa mangsa tidak mati kerana wanita itu berada di mahkamah untuk memberi keterangan pada hari Rabu.

"Saya tidak bersetuju," Liton menjawab.

"SAYA TIDAK KATAKAN SEMUA PERKARA INI KEPADA PEGAWAI"

Liton dituduh menculik mangsa dengan mengacukan pisau, memaksanya ke dalam hutan, di mana dia didakwa merogol wanita itu sebanyak dua kali dan memaksanya melakukan seks oral terhadapnya.

Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pada satu ketika wanita itu tidak sedarkan diri apabila Liton menutup mulut dan hidungnya dengan satu tangan, sambil menekan pisau ke lehernya dengan tangannnya yang lain.

Dia kemudian merogolnya "dengan paksa" sehinggakan wanita itu menjerit dalam kesakitan, kata Timbalan Pendakwa Raya, Encik Tan. Liton kemudiannya memberi mangsa S$50 untuk "membeli ubat supaya dia tidak akan hamil", DPP Tan, memberitahu mahkamah.

Liton mempertikaikan bukti bahawa cap jarinya ditemui pada pisau di tempat kejadian, dengan berkata bahawa dia tidak pernah mempunyai pisau.

Ujian DNA mendapati air maninya dalam mulut, faraj, dan seluar dalam mangsa, yang turut menunjukkan bahawa Liton "memasuki badan mangsa", menurut DPP Tan. Liton bagaimanapun menolak penemuan tersebut di mahkamah pada Khamis.

"SUKAR DIPERCAYAI" : DPP

Pada akhir perbicaraan, yang bermula pada hari Selasa, DPP Tan berkata bahawa pembelaan Liton, merupakan sesuatu yang "sukar dipercayai".

"Bukti yang diketengahkan berubah-ubah," katanya dengan menunjukkan bahawa sejak dia ditangkap pada tahun 2015, Liton sudah memberikan tiga versi cerita yang berbeza - di mana tiada yang boleh disokongnya.

Sebaliknya, bukti yang diberikan mangsa adalah "amat meyakinkan" di mana mangsa dapat memberikan penjelasan "terperinci" daripada pengalaman pahitnya, kata Timbalan Pendakwa Raya, sambil menambah bahawa ketakutan wanita itu adalah "ketara" dan beliau "menggigil" semasa memberi keterangan terhadap perogol itu.

Hakim Choo Han Teck akan menyampaikan keputusan kes tersebut pada pagi Jumaat ini.

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan