Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerosakan pintu platfrom MRT sebabkan kelengahan waktu sibuk petang di Laluan Utara-Selatan

Para penumpang MRT di Laluan Utara Selatan mengalami kelengahan semasa waktu sibuk waktu petang tadi (17 Mei) akibat kerosakan pada pintu skrin di platform.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerosakan pintu platfrom MRT sebabkan kelengahan waktu sibuk petang di Laluan Utara-Selatan

Kesesakan di stesen MRT Newton pada 17 Mei. (Gambar: Kannan)

Diterbitkan : 17 May 2018 06:57PM Dikemas Kini : 17 May 2018 06:59PM

SINGAPURA: Para penumpang MRT di Laluan Utara Selatan mengalami kelengahan semasa waktu sibuk waktu petang tadi (17 Mei) akibat kerosakan pada pintu skrin di platform.

SMRT menyatakan menerusi laman Twitter pada jam 6.00 petang bahawa para penumpang yang melakukan perjalanan dari Ang Mo Kio menghala ke Dhoby Ghaut perlu menambah 15 minit kepada masa perjalanan mereka.

Masa perjalanan kemudiannya ditambah kepada 25 minit pula.

Keadaan menjadi bertambah lebih buruk apabila waktu perjalanan dilewatkan selama 35 minit dalam catatan terbaru pada 6.40 petang. Ia turut menambah bahawa khidmat bas ulang alik percuma disediakan antara Novena dengan Marina South Pier.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan