Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerjasama pelbagai sektor memperkukuh pengurusan bencana ASEAN

ASEAN mesti memastikan kerjasama yang berkesan dalam semua sektor dan mencari cara-cara inovatif bagi membina pertalian masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Aug 2018 06:31PM Dikemas Kini : 17 Aug 2018 09:24PM

SINGAPURA: ASEAN mesti memastikan kerjasama yang berkesan dalam semua sektor dan mencari cara-cara inovatif bagi membina pertalian masyarakat.

Ini demi mengukuhkan daya tahan rantau itu sedang kesan daripada perubahan iklim dan bencana alam kemungkinan menjadi bertambah buruk.

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, K Shanmugam, berkata demikian semasa berucap di Dialog Dasar Strategik ASEAN ke-4 mengenai Pengurusan Bencana pada Jumaat (17 Ogos).

Encik Shanmugam berkata, lebih banyak yang perlu dilakukan bagi melibatkan pelbagai sektor dalam proses pemulihan selepas sesuatu bencana.

"Tambahan lagi, ada cabaran-cabaran keselamatan seperti pengganasan, yang boleh juga menyebabkan kerosakan besar dan kehilangan jiwa. Memandangkan cabaran-cabaran yang dihadapi, adalah lebih genting untuk rantau ini, ASEAN, berwaspada dan bersiap sedia untuk menangani bencana-bencana alam dan sebarang jenis bencana yang melanda," tegas Encik Shanmugam.

Di acara itu, para hadirin bertafakur seminit bagi memperingati mangsa-mangsa beberapa bencana alam yang melanda Indonesia, Laos dan Myanmar - semuanya berlaku selang beberapa minggu.

Semasa berucap kepada sekitar 160 wakil daripada ASEAN, PBB dan NGO, Encik Shanmugam menekankan mengenai pentingnya perancangan dan respons pelbagai sektor.

Beliau menggesa ASEAN supaya bekerjasama dengan sektor perniagaan, sekolah-sekolah dan pertubuhan masyarakat bagi mengurangkan kesan bencana.

Encik Shanmugam juga menggalak penggunaan teknologi yang berkembang dalam gerakan menangani bencana.

Beliau turut mengongsi pengalaman Singapura menggunakan kecerdasan buatan, dron dan robot dalam operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran. 

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan