Images
  • bukit batok accident
    (Gambar: Dira Eddy). 

Kereta terbalik di Bukit Batok, 2 cedera

SINGAPORE: Dua orang cedera dalam kemalangan di Bukit Batok Avenue 3 semalam (11 Jan), selepas kereta yang dipandu bertembung dengan kenderaan lain lalu terbalik.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan tentang kemalangan itu pada jam 10.45 malam. Dua orang yang cedera dalam kejadian itu dikejarkan ke hospital Ng Teng Fong dalam keadaan sedar.

Gambar-gambar oleh saudara perempuan salah seorang mangsa kemalangan, yang dimuat naik di Facebook, menunjukkan kereta putih rosak teruk terutama sekali di bahagian bonet dan cermin depan.

Dira Eddy mengatakan dalam catatan Facebooknya bahawa saudara lelakinya sedang memandu apabila kereta merah di depannya membelok dan berhenti dengan tiba-tiba untuk mengelak daripada bertembung dengan kenderaan lain.

Menurut Cik Eddy lagi, saudara lelakinya, yang mempunyai akaun Facebook dengan nama Ceylon Omerta, tidak dapat segera berhenti dan keretanya terbalik kerana jalan raya licin.

Encik Omerta memberitahu Mediacorp bahawa beliau mengalami kecederaan di bahagian kepala, kaki dan tangannya. Luka isterinya pula lebih serius di bahagian kepala dan leher, serta pendarahan di bahagian mata. Isteri beliau mendapat rawatan di unit rawatan rapi. 

- CNA/AQ/aq

Top