Images
  • ppick street accident
    Kereta Toyota dipandu laju sebelum merempuh dan memecahkan panel kaca restoran. (Gambar: Five Square/Facebook)

Kereta rempuh panel gelas restoran di Pickering Street

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 53 tahun dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) selepas terlibat dalam satu kemalangan di Pickering Street.

Video yang dimuat naik ke laman Facebook ROADS.sg menunjukkan sebuah kereta Toyota terbabas ke bebendul jalan di tempat turun penumpang hadapan FIVE Square, sebuah restoran di 1 Pickering Street.

Kereta tersebut kemudian tiba-tiba dipandu laju sebelum merempuh dan memecahkan panel kaca restoran berkenaan.

Para pejalan kaki di tempat kejadian kelihatan cuba membantu para penumpang dalam kereta tersebut.

Seorang penumpang wanita yang cedera dikejarkan ke hospital dalam keadaan sedar. Pemandu tidak cedera dalam kemalangan yang berlaku pada Khamis (13 Sep).

Kedua-dua polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa ia dimaklumkan tentang kejadian tersebut pada 9.42 pagi.

Restoran yang terkait dengan insiden tersebut biasanya dibuka bermula jam 10.00 bagi dan Mediacorp difahamkan "restoran beroperasi seperti biasa".

Menerusi satu catatan Facebook, Five Square menyatakan bahawa satu "kemalangan kecil" berlaku di cawangannya dan tiada yang cedera.

"Operasi tidak terjejas dan diteruskan seperti biasa," tambahnya. 

- CNA/AQ/aq

Top