Images
  • police car
    Kereta polis 'tergantung' atas anak-anak tangga luar Changi City Point (Gambar: ROAD.sg)

Kereta polis tersangkut selepas pemandu 'salah anggar' jarak laluan

SINGAPURA: Sebuah kereta polis tersangkut di anak-anak tangga menuju ke laluan pejalan kaki apabila seorang pegawai "salah membuat anggaran jarak keliling laluan kereta", menurut polis pada Khamis (8 Nov) sebagai respons terhadap satu gambar yang dimuatnaik di Facebook.

Polis menyatakan insiden tersebut berlaku di luar Changi City Point pada sekitar 5.25 petang pada Rabu.

Gambar tersebut dimuat naik di laman kumpulan pengguna Facebook, SG Road Vigilante pada Rabu dan dikongsi lebih 1,000 kali. Gambar yang sama juga dimuat naik di laman Facebook ROADS.sg.

Beberapa pengguna Facebook juga membuat andaian insiden tersebut berlaku selepas keluar dari tempat memunggah barang Changi City Point. Mereka menambah pengguna jalan raya perlu belok ke kanan dan membuat pusingan yang semput ke kiri untuk keluar dari bangunan.

"Siasatan awal mendedahkan bahawa pegawai terlibat salah membuat anggaran jarak keliling laluan kereta," menurut pihak polis dalam menjawab pertanyaan Channel NewsAsia, sambil menambah bahawa tiada orang cedera dalam insiden itu.

Siasatan sedang dijalankan oleh polis trafik. 

- CNA/TQ/tq

Top