Kereta dirempuh treler di terowong Tuas; mujur pemandu hanya cedera ringan
Seorang pemandu berusia 35 tahun terselamat dan hanya cedera ringan setelah keretanya dirempuh oleh sebuah treler di terowong Lebuh Raya Rentas Pulau (PIE) semalam (19 Apr).
SINGAPURA: Seorang pemandu berusia 35 tahun terselamat dan hanya cedera ringan setelah keretanya dirempuh oleh sebuah treler di terowong Lebuh Raya Rentas Pulau (PIE) semalam (19 Apr).
Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai insiden di PIE menghala ke Tuas itu sekitar pukul 3.00 petang.
Pemandu lelaki itu dikejarkan ke Hopsital Besar Ng Teng Fong. Kecederaan yang dialaminya dipercayai ringan.
Mediacorp difahamkan treler tersebut berada di lorong paling kiri terowong itu apabila kereta di depannya diperlahankan secara mendadak.
Bagi mengelak perlanggaran, treler itu dipercayai segera membelok ke lorong sebelah kanan menyebabkannya terlanggar kereta mangsa.
Menurut polis, tiada penangkapan dibuat menyusuli kemalangan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.