Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kereta api bertema dilancar bagi ubah stigma sosial terhadap kesihatan mental

Sebuah kereta api MRT bertema dilancarkan di laluan Timur Laut hari ini (17 Jul) bagi mengubah stigma sosial terhadap isu-isu kesihatan mental. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jul 2017 09:22PM Dikemas Kini : 18 Jul 2017 03:00AM

SINGAPURA: Sebuah kereta api MRT bertema dilancarkan di laluan Timur Laut hari ini (17 Jul) bagi mengubah stigma sosial terhadap isu-isu kesihatan mental.

Kereta api ini memaparkan kisah-kisah sebenar mereka yang mengalami masalah kemurungan, kebimbangan atau schizophrenia.

Menurut satu tinjauan oleh Institut Kesihatan Mental, ketiga-tiga masalah itu adalah tiga jenis penyakit mental yang paling banyak dialami di Singapura.

Datuk Bandar CDC Timur Laut, Desmond Choo yang melancarkan Kereta api bertema itu berharap projek selama empat minggu itu dapat mendekati sekitar 840,000 penumpang, untuk meningkatkan kesedaran mereka mengenai kesihatan mental. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan