Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerajaan M'sia kurangkan pembaziran, tamatkan 17,000 penjawat awam status kontrak

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengambil langkah untuk mengurangkan pembaziran wang, termasuk menamatkan perkhidmatan kira-kira 17,000 penjawat awam berstatus kontrak kerana merupakan pelantikan politik daripada pentadbiran kerajaan terdahulu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan M'sia kurangkan pembaziran, tamatkan 17,000 penjawat awam status kontrak

(Gambar: Manan VATSYAYANA/ AFP)

Diterbitkan : 16 May 2018 10:20PM Dikemas Kini : 16 May 2018 10:23PM

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengambil langkah untuk mengurangkan pembaziran wang, termasuk menamatkan perkhidmatan kira-kira 17,000 penjawat awam berstatus kontrak kerana merupakan pelantikan politik daripada pentadbiran kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri berkata, pihaknya, bagaimanapun, sedia membantu penjawat awam terbabit bergaji rendah seperti pemandu.

“Ini akan menyusahkan mereka kalau diberhentikan secara tiba-tiba apabila tiada bayaran gaji dan sebagainya. Kita akan memberi jawatan-jawatan lain yang sesuai dengan kelayakan mereka.

“Ini sedang dilakukan memandang ia akan mengambil masa dan memerlukan penyelesaian keputusan oleh saya sendiri,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini. 

Beliau berkata kerajaan juga akan mengkaji perbelanjaan kerajaan yang lain untuk mengurangkan bebanan kewangan negara.

Ditanya berhubung penjawat awam yang akan diberhentikan, Perdana Menteri berkata pegawai kanan kerajaan yang sudah melakukan kesalahan akan diberi cuti atau digantung perkhidmatan mereka.

“Ia semuanya bergantung kepada tindakan-tindakan tertentu yang akan dilaksanakan untuk mengetepikan mereka daripada kerajaan,” katanya.

Mengenai pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru, Dr Mahathir berkata beberapa kedudukan dalam kerajaan termasuk Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum pelantikan dapat dibuat.

Kelmarin, Ketua Persuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzukifli Ahmad, meletak jawatannya dan melaporkan tugas di Jabatan Peguam Negara, semalam.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata kerajaan sedia membayar balik lebihan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Arahan telah diberi supaya kita tidak kutip GST lagi. Kita akan cuba bayar balik kepada mereka,” katanya sambil menambah beliau mendengar taklimat bagaimana untuk menamatkan GST yang diperkenalkan pada April 2015.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini, menetapkan bahawa bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport yang dikenakan GST pada kadar enam peratus akan berkadar sifar berkuat kuasa 1 Jun ini.

Berhubung penetapan harga runcit petrol dan diesel secara mingguan pada setiap hari Rabu, Dr Mahathir berkata tiada kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

“Harga semasa akan kekal... kalau ada tidak cukup kerajaan akan akan beri subsidi,” katanya.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan