Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan GCE 'O': Jumlah pelajar lulus lima subjek turun

Jumlah pelajar yang menduduki peperiksaan GCE 'O' tahun lalu dan lulus dengan memperolehi kelulusan bagi sekurang-kurangnya lima mata pelajaran berkurangan. Demikian menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) hari ini (12 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan GCE 'O': Jumlah pelajar lulus lima subjek turun

Gambar fail para pelajar di Sekolah Menengah Mayflower menerima keputusan GCE Peringkat O mereka pada 2015. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 12 Jan 2018 05:24PM Dikemas Kini : 12 Jan 2018 05:26PM

SINGAPURA: Jumlah pelajar yang menduduki peperiksaan GCE 'O' tahun lalu dan lulus dengan memperolehi kelulusan bagi sekurang-kurangnya lima mata pelajaran berkurangan. Demikian menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) hari ini (12 Jan).

Daripada 29,112 pelajar yang menduduki peperiksaan itu, 83.4 peratus - atau 24,287 pelajar meraih kelulusan bagi sekurang-kuranganya lima mata pelajaran berbanding 84.3 peratus, atau 25,551 pelajar, yang mengambil peperiksaan GCE 'O' pada 2016.

Sebanyak 29,090 pelajar atau 99.9 peratus meraih sijil dengan kelulusan sekurang-kurangnya satu subjek, sama dengan kohort sebelumnya. Jumlah pelajar yang meraih kelulusan tiga subjek atau lebih pula susut kepada 28,058 pelajar atau 96.4 peratus berbanding 96.5 peratus yang menduduki peperiksaan pada 2016.

Tahun lalu, 1,570 calon privet menduduki peperiksaan GCE O, berbanding 1,865 calon privet pada 2016. Sebanyak 90.8 peratus lulus sekurang-kurangnya satu subjek, naik sedikit daripada 90.2 peratus pada 2016.

Kohort perintis pelajar Normal (Akademik) yang ditawarkan mata pelajaran pada peringkat lebih tinggi, di bawah Skim Pengumpulan Berdasarkan Subjek (SBB) peringkat Menengah, juga meraih keputusan setanding dengan kohort pelajar peringkat 'O', kata MOE dan SEAB lagi.

Skim tersebut membolehkan para pelajar yang cemerlang dalam beberapa subjek untuk mengambil mata pelajaran berkenaan pada peringkat lebih tinggi. Sekitar 370 pelajar mengambil sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris, Matematik, Gabungan Sains dan Bahasa Ibunda di peringkat Ekspres tahun lalu.

Para pelajar boleh melungsuri portal pendidikan dan bimbingan kerjaya MOE untuk mendapatkan maklumat tentang pilihan pendidikan yang sedia ada selepas keputusan peperiksaan GCE 'O'.

Memandangkan empat maktab rendah akan digabungkan tahun depan dan tidak akan mengambil masuk pelajar tahun pertama tahun ini, MOE dan SEAB menyatakan bahawa maktab-maktab rendah yang lain akan menambah jumlah pengambilan pelajar mereka. Ini mungkin mengakibatkan kenaikan pada mata "cut-off" yang diperlukan untuk memasuki maktab rendah.

Ia menambah, kriteria ini tidak mencerminkan mutu setiap maktab rendah mahupun program-programnya.

"Kami menggalak para pelajar untuk terus memilih maktab rendah berdasarkan program khusus setiap sekolah, kegiatan ko-kurikulum dan budaya yang ditawakan - faktor-faktor yang boleh terus mengasah kekuatan dan minat mereka. Kami juga ingin memberi jaminan kepada pelajar dan ibu bapa bahawa akan ada tempat yang mencukupi di maktab-maktab rendah bagi memenuhi permintaan."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan