Images
  • keppel
    Kakitangan Keppel di limbungannya di Singapura. (Gambar: Reuters/Edgar Su)

Keppel meterai perjanjian jual 5 kapal pelantar minyak pada nilai hampir S$1 bilion

SINGAPURA: Syarikat konglomerat Singapura, Keppel memeterai sebuah perjanjian untuk menjual lima kapal pelantar minyak pada harga kira-kira AS$745 juta atau sekitar S$1 bilion.

Keppel Offshore & Marine Limited akan menjual kapal-kapal pelantar minyak itu kepada Norway's Borr Drilling di bawah satu perjanjian induk.

Perjanjian tersebut hanya berkuat kuasa apabila memenuhi syarat-syarat tertentu.

Ini termasuk Borr Drilling mengumpul dana yang mencukupi.

Kontraktor penggerudian Norway itu akan membayar ansuran pertama AS$288 juta (S$390 juta) dalam masa 20 hari perniagaan dari tarikh perjanjian.

Bakinya akan dibayar dalam tempoh lima tahun dari tarikh penghantaran bagi setiap kapal pelantar.

Kapal-kapal pelantar minyak itu dijadual dihantar secara berperingkat-peringkat dari suku keempat tahun 2019 hingga suku keempat tahun 2020.  

- CNA/NU/im

Top