Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kepalsuan online disengajakan: Sesi dengar saranan awam berlangsung 11.00 pagi esok

Jawatankuasa Pilihan yang ditubuhkan untuk mengkaji cara-cara membanteras masalah kepalsuan online disengajakan, akan memulakan sesi mendengar saranan-saranan awam di Parlimen pada 11.00 pagi esok.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Mar 2018 07:24PM Dikemas Kini : 13 Mar 2018 11:00PM

SINGAPURA: Jawatankuasa Pilihan yang ditubuhkan untuk mengkaji cara-cara membanteras masalah kepalsuan online disengajakan, akan memulakan sesi mendengar saranan-saranan awam di Parlimen pada 11.00 pagi esok.

Sepanjang lapan hari, jawatankuasa tersebut akan mempertimbangkan pandangan yang dibentangkan oleh pihak-pihak berkepentingan, pakar-pakar dan anggota masyarakat.

79 individu dan pertubuhan sudahpun dijemput untuk menyuarakan pendapat mereka. Jumlah ini merupakan yang terbesar diundang oleh Jawatankuasa Pilihan.

Jawatankuasa tersebut juga sudahpun menerima 164 perwakilan bertulis selama tujuh minggu.

Di luar satu acara hari ini, Menteri Undang-Undang dan Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam yang juga anggota jawatankuasa itu berharap perbincangan awam itu akan membantu rakyat lebih memahami tentang fenomena kepalsuan online.

"Terdapat juga persoalan bagaimana kepalsuan online disengajakan ditujukan untuk membuat masyarakat berpecah dalam segi etnik, agama, kaum dan membuat orang ramai marah dengan menggunakan kepalsuan - ucapan, gambar dan artikel yang diubah suai. Sangat cerdik kegunaannya.

"Ini semua sangat mudah untuk dilakukan dengan teknologi moden. Jadi ini merupakan ancaman besar yang dihadapi oleh setiap negara," kata Encik Shanmugam. 

Sumber : CNA/UR/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan