Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kepalsuan Online Disengajakan: Sesi bermula, 2 ahli akademik sampaikan kupasan

Sesi pertama perbincangan awam Jawatankuasa Pilihan mengenai masalah kepalsuan online disengajakan, dimulakan hari ini (14 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Mar 2018 06:52PM Dikemas Kini : 14 Mar 2018 10:12PM

SINGAPURA: Sesi pertama perbincangan awam Jawatankuasa Pilihan mengenai masalah kepalsuan online disengajakan, dimulakan hari ini (14 Mac).

Seramai enam individu memberikan keterangan pada hari pertama hari ini.

Salah seorang daripada mereka adalah Dr Carol Soon dari Institut Pengajian Dasar yang bercakap tentang kepelbagaian kepalsuan online yang disengajakan.

Beliau turut menarik perhatian tentang perlunya mengutamakan usaha membanteras kepalsuan online yang lebih berbahaya dan mungkin menjejas institusi dan proses demokrasi serta memupuk salah faham di kalangan masyarakat.

Dr Soon turut menekankan orang ramai perlu lebih sedar tentang sikap berat sebelah sendiri apabila memproses maklumat.

Bercakap sebagai seorang pengkaji, Dr Matthew Matthews pula menjelaskan bagaimana kepalsuan online boleh menjejas kemantapan dan memusnahkan keharmonian sosial di Singapura.

Dr Matthews menambah, laporan berita yang salah mungkin memperkukuh sikap berat sebelah sedia ada yang sudahpun wujud.

Sumber : CNA/AA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan