Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kenderaan tanpa pemandu pertama di S'pura beroperasi di NTU jelang tahun depan

Rangkaian kenderaan tanpa pemandu yang pertama di Singapura akan mula beroperasi di University Teknologi Nanyang (NTU), menjelang 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Apr 2018 08:03PM Dikemas Kini : 16 Apr 2018 10:37PM

SINGAPURA: Rangkaian kenderaan tanpa pemandu yang pertama di Singapura akan mula beroperasi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), menjelang 2019.

NTU, SMRT dan pembuat kenderaan autonomi Belanda, 2getthere, memeterai satu Memorandum Persefahaman (MOU), untuk tujuan tersebut, siang tadi.

Bas mini pandu sendiri itu akan dijadikan sebagai sebahagian daripada pengangkutan autonomi yang akan mula beroperasi di merata NTU pada tahun depan.

Buat masa ini, ia sedang diuji sepanjang laluan 350 meter antara dua dewan kediaman bersama beberapa buah kereta.

Untuk memastikan keselamatan para pejalan kaki, kelajuannya dihadkan kepada 10 hingga 15 kilometer sejam.

Bas mini itu akan diperlahankan kelajuannya apabila ia berhadapan dengan sesuatu halangan, dan akan berhenti sepenuhnya, jika perlu.

Ia turut dilengkapi beberapa alat deria dan kamera yang memancarkan maklum balas ke pusat operasi.

Ada juga besi berani yang dipasang pada permukaan jalan raya.

Projek yang ada sekarang ini akan diperluaskan ke laluan setengah kilometer menghubungkan kawasan kediaman dan kawasan akademik, pada suku terakhir tahun ini.

Laluan itu akan menjadi semakin kompleks apabila ia menyertakan sehingga 300 pengguna, dan perlu mengemudi di kalangan
kenderaan-kenderaan lain.

NTU berharap rangkaian kenderaan tanpa pemandu yang pertama seumpamanya ini akan menjadi model bagi seluruh Singapura pada masa akan datang.

Sumber : CNA/UR/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan