Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemudahan Memproses Guna Tekanan Tinggi pastikan makanan segar, jangka hayat lebih lama

Syarikat-syarikat pengeluar makanan tidak perlu melabur dalam peralatan mahal atau memproses produk mereka di luar negara lagi untuk memastikan makanan mereka segar, dengan jangka hayat lebih lama.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Apr 2018 08:07PM Dikemas Kini : 16 Apr 2018 09:09PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat pengeluar makanan tidak perlu melabur dalam peralatan mahal atau memproses produk mereka di luar negara lagi untuk memastikan makanan mereka segar, dengan jangka hayat lebih lama.

Ini hasil kemudahan perkongsian sumber Memproses Guna Tekanan Tinggi di Buroh Lane, Jurong yang dilancarkan hari ini.

Kemudahan tersebut membolehkan para pengeluar makanan memanfaatkan teknologi canggih berdasarkan bayar ikut kegunaan.

Ini termasuk dari makanan sedia dimakan kepada produk-produk daging atau makanan laut mahupun jus segar.

Teknologi Memproses Guna Tekanan Tinggi boleh digunakan untuk produk-produk ini selagi bungkusan yang digunakan adalah fleksibel dan kalis air memandangkan ia mempunyai tekanan hidrostatik yang tinggi.

Antara manfaatnya, ia melanjutkan jangka hayat makanan sekurang-kurangnya dua hingga empat kali ganda, bergantung kepada produk.

Ada pengeluar makanan yang menggunakan teknologi tersebut baru-baru ini mendakwa, kos tenaga kerja dapat dikurangkan kerana pihak syarikat tidak perlu mengisi semula produk di pasar raya secara kerap.

Proses tekanan tinggi ini juga lebih sihat kerana ia tidak mengandungi bahan pengawet seperti garam dan gula.

Kemudahan perkongsian sumber ini adalah yang pertama bakal dilancarkan dalam tempoh tiga tahun akan datang, sejajar dengan Peta Transformasi Industri Pengilangan Makanan yang dilancarkan pada 2016.

Buat masa ini, lima syarikat makanan menggunakan kemudahan tersebut dan 20 syarikat pula menunjukkan minat untuk menggunakannya.   

Sumber : CNA/NU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan