Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemudahan meletak basikal bawah tanah dengan sistem automatik sepenuhnya dirasmikan

Para penunggang basikal di kawasan Woodlands kini mempunyai pilihan selamat dan terlindung daripada hujan untuk meletak basikal mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Jan 2018 07:23PM Dikemas Kini : 05 Jan 2018 11:07PM

SINGAPURA: Para penunggang basikal di kawasan Woodlands kini mempunyai pilihan selamat dan terlindung daripada hujan untuk meletak basikal mereka.

Dipanggil SecureMyBike, kemudahan meletak basikal itu terletak di bawah tanah dan memanfaatkan sistem automatik sepenuhnya.

Sistem SecureMyBike yang pertama seumpamanya di Singapura dan sedang dicuba di Kampung Admiralty - sebuah kompleks perumahan bersepadu - bersebelahan stesen MRT Admiralty.

Untuk menggunanya, para pengayuh perlu membuka akaun di salah satu kios pendaftaran bantu diri ini.

Mereka kemudian akan menerima nombor pin. Kemudahan ini boleh menempatkan lebih 500 buah basikal.

Pengguna boleh memilih antara tiga kios untuk meletak dan mengambil semula basikal. Setiap kios ini sedalam 10 meter dan mempunyai tujuh aras ruang penyimpanan.

Kos binaannya menelan belanja $4.7 juta.

Bagi menggalak penduduk mencuba kemudahan baru ini, SecureMyBike ditawarkan secara percuma sehingga akhir bulan ini.

Mulai 1 hari bulan depan hingga 30 April, mereka boleh memilih untuk membayar yuran bulanan $22 bagi penggunaan tanpa had atau 25 sen setiap jam.

Mulai 1 Mei pula, yuran bulanannya ditetapkan pada $48 atau 45 sen sejam.

Menurut Penguasa Pengangkutan Darat, LTA, kemudahan baru itu melengkapi tempat meletak basikal yang sedia ada di permukaan bagi menggalak kegiatan berbasikal untuk perjalanan dekat.

Sumber : CNA/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan