Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kembara hutan hujan malam hari sempena ulang tahun ke-45 Taman Haiwan S'pura

Taman Haiwan Singapura akan mengadakan program kembara hutan hujan pada sebelah malam pada bulan Julai nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
Kembara hutan hujan malam hari sempena ulang tahun ke-45 Taman Haiwan S'pura

Gambar fail Taman Haiwan Singapura. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 17 Apr 2018 09:03PM Dikemas Kini : 17 Apr 2018 09:06PM

SINGAPURA: Taman Haiwan Singapura akan mengadakan program kembara hutan hujan pada sebelah malam pada bulan Julai nanti.

Kegiatan menarik itu sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-45 taman haiwan tersebut, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) di persidangan industri pelancongan hari ini (17 Apr).

Program kembara malam itu, yang dipanggil 'Rainforest Lumina' atau Hutan Hujan Lumina, membolehkan para pengunjung meneroka sendiri laluan sepanjang satu kilometer di sana.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Wildlife Reserve Singapore (WRS), yang mengendalikan Taman Haiwan Singapura menyifatkan Rainforest Lumina sebagai "kembara berbilang media mengharungi hutan hujan pada sebelah malam" - dan dianjurkan untuk mengurangkan gangguan terhadap hidupan liar di taman itu.

WRS juga menyatakan daya tarikan itu akan dijadikan satu "acara musiman" di mana para pengunjung boleh meneroka hutan hujan tropika.

Menurut Timbalan Ketua Eksekutif STB, Melissa Ow, daya tarikan itu adalah sebahagian daripada usaha WRS untuk menawarkan pengalaman berbeza buat para pengunjung.

Selain Taman Haiwan Singapura, WRS juga mengendalikan Night Safari dan River Safari.

Cik Ow berkata Rainforest Lumina akan melengkapi Night Safari dan ini menggalak para pengunjung supaya datang ke kedua-dua taman.

"Ia juga disebabkan Night Safari yang begitu popular dan seringkali menerima jumlah pengunjung yang terlalu ramai," tambah beliau.

"Oleh itu, dengan menawarkan pengalaman yang dapat melengkapinya, saya rasa ia dapat beroperasi dengan baik, lebih-lebih lagi bagi para pengunjung berulang."

"Apa yang berbeza tentang daya tarikan ini adalah selain waktu operasinya, ia memberikan perspektif berbeza tentang suasana taman haiwan pada waktu malam."

Menurut WRS, ia akan mengumumkan lebih banyak perincian tentang Rainforest Lumina tidak lama lagi.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan