Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemalangan libatkan 3 lori, 2 bas di AYE, 3 pelajar dibawa ke hospital

Tiga belia cedera selepas tiga lori dan dua bas terlibat dalam nahas di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) hari ini (17 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Kemalangan libatkan 3 lori, 2 bas di AYE, 3 pelajar dibawa ke hospital

Nahas di AYE. (Gambar: Jason Tan)

Diterbitkan : 17 May 2018 08:41PM Dikemas Kini : 17 May 2018 08:45PM

SINGAPURA: Tiga belia cedera selepas tiga lori dan dua bas terlibat dalam nahas di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) hari ini (17 Mei).

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai nahas di AYE menghala ke Ekspreswe Pantai Marina (MCE) sebelum jalan susur keluar Alexandra Road.

Tiga pelajar, yang merupakan penumpang bas yang sama, dibawa ke Hospital Universiti Nasional.

Seorang saksi, Jason Tan, memberitahu Mediacorp bahawa beliau nampak para pelajar keluar dari bas yang rosak. Beliau juga berkata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan polis berada di tempat insiden, dengan ambulans dan pengawal trafik Penguasa Pengangkutan Darat.

Encik Tan menambah bahawa nahas yang berlaku di lorong 3 itu menyebabkan "kesesakan trafik yang teruk" sehingga ke Clementi.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan