Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keluarga di Bishan kini boleh luangkan masa di sudut kraf tangan

Para penduduk Bishan kini mempunyai sebuah sudut kraf tangan untuk meluangkan masa bersama keluarga serta jiran tetangga.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2017 10:08PM Dikemas Kini : 18 Jun 2017 10:11PM

SINGAPURA: Para penduduk Bishan kini mempunyai sebuah sudut kraf tangan untuk meluangkan masa bersama keluarga serta jiran tetangga.

Ini merupakan inisiatif terbaru Jawatankuasa Penduduk atau RC di Bishan East Zon 3 bagi memupuk hubungan lebih erat di kalangan penduduk.

Melancarkan Inisiatif Sudut RC Bertema ini tadi (18 Jun), sekitar 130 penduduk mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan kraf tangan, termasuk sebuah bengkel khas bagi bapa dan anak sempena Hari Bapa.

Sehingga kini, sekitar 240 RC merata Singapura sudahpun menubuhkan ruang bertema serupa bagi para penduduk mereka.

Ini termasuk ruang bersukan yang menyewakan peralatan sukan kepada para penduduk yang ingin bermain bersama jiran mereka serta sebuah sudut kafe yang menyediakan teh dan kopi. 

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan