Images
  • amin ebrahim
    Allahyarham Amin Ebrahim. (Gambar: SPF)

Keluarga Allahyarham Amin Ebrahim diminta tuntut jenazah

SINGAPURA: Polis merayu kepada saudara-mara terdekat Encik Amin Bin Ebrahim untuk tampil bagi menuntut jenazah Allahyarham.

Allahyarham, 73 tahun, adalah bekas penghuni Rumah Jagaan Warga Tua Bukit Batok.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ng Teng Fong pada 12 Mei 2018.

Bagi yang mempunyai maklumat, sila hubungi polis di talian hotline 1800-255-0000 atau menyerahkan secara online di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan.  

- BERITAMediacorp/aq

Top