Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelengahan kelulusan Dr Cherian George untuk beri ceramah dek 'kesilapan'

Kelulusan bagi ceramah yang sepatutnya disampaikan di Universiti Nasional Singapura (NUS) oleh ahli akademik yang berpangkalan di Hong Kong, Profesor Cherian George pada Jumaat lalu (9 Mac), mengalami kelengahan disebabkan "satu kesilapan".

Anggaran Waktu Membaca:
Kelengahan kelulusan Dr Cherian George untuk beri ceramah dek 'kesilapan'

Prof Cherian George dan gambar NUS. (Gambar: Hong Kong Baptist University/Mediacorp)

Diterbitkan : 14 Mar 2018 05:33PM Dikemas Kini : 14 Mar 2018 06:13PM

SINGAPURA: Kelulusan bagi ceramah yang sepatutnya disampaikan di Universiti Nasional Singapura (NUS) oleh ahli akademik yang berpangkalan di Hong Kong, Profesor Cherian George pada Jumaat lalu (9 Mac), mengalami kelengahan disebabkan "satu kesilapan".

Namun, menurut NUS hari ini (14 Mac), beliau sudahpun menerima undangan untuk memberi ceramah hujung bulan ini.

Dalam satu catatan blog pada Jumaat lalu, Prof George yang merupakan rakyat Singapura menulis bahawa beliau diundang pada Disember tahun lalu untuk menyampaikan ceramah awam di NUS tetapi Fakulti Sastera & Sains Sosial diberi kelulusan hanya pada hari acara itu sepatutnya dijalankan, Ini disifatkan ahli akademik itu sebagai "melucukan".

Catatan beliau berbunyi: "Hari ini Jumaat, 9 Mac. Kalender saya menunjukkan bahawa saya sepatutnya menyampaikan ceramah hari ini di Universiti Nasional Singapura. Permandangan dari jendela saya menunjukkan bahawa saya masih belum lagi berangkat dari Hong Kong. Penganjurnya tidak dapat meneruskan acara kerana kelulusan rasmi tidak diberikan, sehinggalah pada jam 3.00 petang hari ini."

Beberapa hari sebelum ceramah yang dijadualkan, Prof George berkata bahawa beliau "diarahkan untuk" menolaknya kerana tiada lagi masa bagi menyusun keberangkatannya dan mengiklankan ceramah itu. Beliau diberitahu bahawa "kesemua pengunjung ke Fakulti Sastera & Sains Sosial [FASS] harus dipemeriksa", menurut catatannya.

Memberi respons kepada pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap NUS berkata: "Kami mohon maaf atas proses pentadbiran yang memakan masa lebih daripada yang dijangkakan disebabkan satu kesilapan lantas menyebabkan insiden yang malang ini."

Jurucakap itu selanjutnya berkata bahawa NUS sudahpun mengundang Prof George untuk menyampaikan ceramah yang dijadualkan pada hujung bulan ini. Ia kemudian diterimanya, menurutnya.

Dalam satu catatan blog yang terkini, Prof George mengesahkan bahawa beliau sudahpun menerima undangan untuk menyampaikan ceramah itu.  

Sumber : CNA/SM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan