Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelebihan susu badan bagi bayi pramatang dan pemeliharaan nyawa manusia dalam Islam

Berikut ini antara keterangan dan penjelasan terperinci MUIS, berhubung manfaat susu ibu bagi bayi pramatang dan hukum menyelamatkan nyawa manusia menurut pandangan Islam.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelebihan susu badan bagi bayi pramatang dan pemeliharaan nyawa manusia dalam Islam

Gambar hiasan. (Gambar fail: TODAY)

BERITAMediacorp: Pengambilan susu dari bank susu badan atau susu ibu, dibenarkan dalam Islam. Menderma susu badan kepada bank tersebut juga dibenarkan. Demikian fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), menyusuli penubuhan dan pelancaran bank susu ibu pada Khamis (17 Ogos) di Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-kanak (KKH).

Berikut ini antara keterangan dan penjelasan terperinci MUIS, berhubung manfaat susu ibu bagi bayi pramatang dan hukum menyelamatkan nyawa manusia menurut pandangan Islam.

Hasil kajian saintifik membuktikan bahawa susu badan adalah sumber makanan terbaik untuk bayi. Disebabkan oleh keperluan bayi pramatang untuk mendapat susu badan supaya mempunyai peluang yang lebih baik untuk membesar dan membangun, Jawatankuasa Fatwa berpendapat boleh berlakunya kesulitan yang payah sekali (mashaqqah) ia membolehkan hajjah atau satu jalan penyelesaian. Dengan pandangan sedemikian, Jawatankuasa Fatwa menyokong penubuhan sebuah Bank Susu. Keputusan tersebut tetap mematuhi undang-undang Shariah di mana, antaranya, menekankan pentingnya memelihara nyawa manusia.

1. Dalam Islam, menyusukan bayi menerbitkan hubungan mahramiyah (hubungan yang tidak mengizinkan perkahwinan). Jadi bagaimana Jawatankuasa Fatwa menegaskan dasar sedemikian?

Jawatankuasa Fatwa mengesahkan, dasar mahramiyah antara bayi dengan ibu susuan hanya wujud jikalau mereka mematuhi syarat-syarat dalam fiqh dan tiada ciri kesangsian.

Syarat-syarat untuk mewujudkan mahramiyah:

a) Penyusuan mesti dilakukan sekurang-kurangnya lima kali dan setiap penyusuan mesti sehingga bayi kenyang.

b) Susu yang dihisap mesti sampai ke perut bayi.

c) Umur bayi tidak melebihi dua tahun.

2. Adakah menyusukan bayi pramatang dari Bank Derma Susu menubuhkan mahramiyah?

Tidak, Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa demikian tidak menubuhkan mahramiyah. Ini disebabkan oleh beberapa faktor:

a) Ia mustahil untuk memastikan bahawa seorang bayi akan berasa kenyang setelah lima kali disusu daripada hanya seorang ibu.

b) Kesangsian pada jumlah susu yang diperlukan untuk seorang bayi pramatang disusu sehingga kenyang, memandangkan jumlah susu kecil.

c) Perbuatan menyusukan menerusi susu yang didapatkan dari Bank Susu bertujuan untuk menghalang penyakit-penyakit serius dan membangunkan sistem penghadaman. Oleh itu, susu penderma boleh ditawarkan kepada bayi pramatang khususnya kerana ia adalah untuk tujuan perubatan. Pentadbiran bagi penderma susu untuk niat sedemikian tidak dikategorikan sebagai penyusuan yang mengesahkan mahramiyah.

d) Bayi pramatang diberi susu badan yang diderma tidak dengan cara langsung tetapi menerusi cara-cara yang lain.

3.Bolehkan cara menyusu penderma, contohnya menggunakan tiub hidung atau botol, menyebabkan terjadinya mahramiyah?

Walaupun kebanyakan cendekiawan seperti ulama mazhab Shafi'i dan Hanafi menetapkan bahawa segala cara penyusuan membawa kepada mahramiyah (hubungan yang melarang perkahwinan), terdapat pendapat-pendapat yang berlainan oleh para cendekiawan yang mempertikaikan bahawa hanya perbuatan bayi menyusu langsung daripada payudara penderma akan mengakibatkan mahramiyah.

Ini kerana perkataan “ummahatukum” dalam surah An-Nisa’ ayat 23 berkaitan dengan konsep keibuan secara keseluruhan, yang termasuk penyusuan badan dan ikatan cinta antara ibu dan bayi yang hasilnya daripada disusu oleh penderma susu sendiri.

Bagaimanapun, amat penting untuk mengambil kira, walaupun Jawatankuasa Fatwa menimbangkan pendapat demikian, ia hanya dilakukan disebabkan beberapa faktor besar yang mendorong Jawatankuasa Fatwa untuk membuat keputusan. Iaitu tidak terjadi mahramiyah menerusi penyusuan dari Bank Susu. Ia bukan satu keputusan yang boleh dibuat secara tersendiri dan tentu sekali tidak boleh digunakan dalam keadaan penyusuan yang lain.


4.Jika pihak hospital menyimpan segala rekod para penderma susu, bolehkah identiti penderma diberitahu. Jadi adakah tidak ia menjadikan mahramiyah?

Berdasarkan maklumat yang diterima oleh Jawatankuasa Fatwa dari hospital, setiap bayi akan diberikan susu daripada penderma yang berlainan sepanjang dia berada di NICU, tanpa mengetahui jumlah keseluruhan yang didapatkan daripada setiap penderma. Amalan sedemikian tidak memenuhi syarat-syarat bagi mengesahkan berlakunya mahramiyah (seperti dinyatakan dalam soalan 2) yang telah ditetapkan dalam tradisi.

a) Imam Shafi'i bercakap mengenai keraguan dalam penyusuan di dalam bukunya Al-Umm:
“Jika seorang lelaki berasa ragu mengenai sama ada wanita itu telah menyusukannya sebanyak lima kali dalam waktu berasingan, beliau bukanlah mahram (seorang yang dilarang berkahwin dengan subjek) kepada wanita itu. Begitu juga, jika beliau yakin bahawa penyusuan itu berlaku lebih lima kali, tetapi wanita tersebut berasa ragu-ragu jika pada ketika itu lelaki tersebut berusia dua tahun (ke bawah), dengan itu mahramiyah tidak berlaku, (dan ini) berdasarkan pendapat yang dipilih.”

b) Ibn Qudamah daripada mazhab Hanbali berkata:
“Apabila terdapat keraguan sama ada penyusuan itu berlaku, atau terdapat keraguan pada jumlah penyusuan itu berlaku – sama ada ia memadai (untuk menjadikan mahramiyah) ataupun tidak – (oleh itu) mahramiyah tidak ditetapkan dan keputusan yang pasti tidak boleh digantikan dengan yang berdasarkan keraguan.”

5.Bolehkah anak saya minum susu daripada seorang penderma bukan beragama Islam

Susu penderma dari Bank Susu digunakan untuk tujuan perubatan dengan menghindari penyakit-penyakit serius dan membangunkan sistem penghadaman bayi. Pentadbiran penderma susu bagi niat sedemikian sejajar dengan objektif Shari’a yang menekankan pentingnya memelihara nyawa manusia, tanpa mengira status agama penderma.

Isu mengenai status agama ibu susuan ialah isu di mana kitab suci Al-Quran tidak membincangkannya. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda dalam satu hadis: “Dan (Allah) berdiam mengenai beberapa isu, sebagai belas kasihan bagi kamu (dan) bukan disebabkan oleh sifat pelupa, jadi jangan bertanya tentang hal-hal demikian”.

 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan