Images
  • safra
    Kelab SAFRA di Taman Choa Chu Kang akan dilengkapi dengan kemudahan rekreasi serta prasekolah. (Gambar: SAFRA/Facebook) 

Kelab SAFRA baru bakal dibuka pada 2022

SINGAPURA: Lebih 900,000 anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di bahagian barat laut Singapura boleh memanfaatkan pelbagai kemudahan beriadah apabila kelab SAFRA yang baru dibuka pada tahun 2022 di Taman Choa Chu Kang.

Bertemakan "Fitness Oasis", kelab setinggi lima tingkat itu juga akan menempatkan sebuah gelanggang futsal, gimnasium EnergyOne serta ruang bagi seni mempertahankan diri dan studio kecergasan.

Sebuah amfiteater terbuka juga boleh digunakan untuk kegiatan-kegiatan seperti senaman beramai-ramai.

Kemudahan rekreasi dan permainan lain yang disediakan di kelab itu termasuk pusat bowling dan spa.

Ia juga akan menempatkan sebuah prasekolah dan taman permainan tertutup untuk para anggota kerahan dengan anak-anak kecil. 

- CNA/NU/ai

Top