Images
  • rivervale community
    Kelab Masyarakat Rivervale dijangka siap menjelang 2020. 

Kelab Masyarakat 'eko' bakal dibuka di SMC Punggol East

SINGAPURA: Para penduduk Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Punggol East akan mempunyai sebuah kelab masyarakat yang bertemakan alam semula jadi menjelang 2020.

Apabila siap nanti, Kelab Masyarakat Rivervale bertujuan untuk mewujudkan suasana alam yang interaktif.

Bangunannya akan dicat dengan warna-warna alam semula jadi dan ia akan dilengkapi dengan sebuah taman masyarakat atas bumbung serta sebuah studio memasak.

Apabila siap sekitar dua tahun lagi, Kelab Masyarakat Rivervale akan memberi manfaat kepada hampir 56,000 penduduk SMC Punggol East.

Upacara pecah tanah Kelab Masyarakat Rivervale itu dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean hari ini (16 Sep).

- CNA/NU/ai

Top