Images
  • shanmugam pecah tanah
    Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam di upacara pecah tanah Kelab HomeTeam NS Khatib (Gambar ihsan: Muhammad Danial Hakim Rosli)

Kelab Home Team terbesar dibina di Khatib jelang 2020

SINGAPURA: Sebuah kelab baru akan dilancarkan di Khatib bagi para anggota kerahan Home Team dan ahli keluarga mereka menjelang 2020.

Upacara pecah tanah projek bernilai S$74 juta itu berlangsung pagi Khamis (12 Jul).

Kelab baru NS Home Team itu setinggi enam tingkat dan seluas 1.5 hektar atau satu setengah padang bola sepak, menjadikannya kelab NS Home Team yang terbesar.

Ia juga yang pertama mempunyai hab meneroka setinggi empat tingkat di dalam bangunan dan kemudahan latihan simulasi menembak yang canggih.

Sekitar 85,000 anggota NS Home Team dijangka memanfaatkan kelab tersebut.

Menteri Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam berkata bangunan baru itu akan menerajui inisiatif Rumah Kelab Bijak.

Kaedah keanggotaan secara digital akan diperkenalkan di samping sistem bayaran tanpa wang tunai.

Apabila siap nanti, Rumah Kelab Khatib itu akan menggantikan rumah kelab yang ada di Sembawang. 

Top