Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kek pracampur Duncan Hines ditarik balik kerana mungkin dicemari salmonella

Kek pracampur Duncan Hines' ditarik balik kerana dipercayai dicemari oleh bakteria salmonella, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA).

Anggaran Waktu Membaca:
Kek pracampur Duncan Hines ditarik balik kerana mungkin dicemari salmonella

Produk ini ditarik kerana mungkin dicemari bakteria salmonella. (Gambar: AVA)

Diterbitkan : 09 Nov 2018 09:35AM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 09:37AM

SINGAPURA: Kek pracampur Duncan Hines' ditarik balik kerana dipercayai dicemari oleh bakteria salmonella, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA).

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) sebelum ini mengeluarkan amaran tentang penarikan balik empat produk keluaran jenama Amerika itu, termasuk kek pracampur 'Classic White', 'Classic Butter Golden' dan 'Classic Yellow'.

Dalam amarannya, FDA menyatakan bakteria salmonella yang dikesan dalam contoh kek pracampur Duncan Hines mungkin ada kaitan dengan wabak salmonella yang sedang disiasat di Amerika Syarikat.

"Meskipun belum lagi dapat dipastikan secara muktamad kaitan produk ini dengan penyebaran wabak tersebut dan siasatan masih dijalankan, Conagara (Brands) memutuskan untuk menarik balik dengan sukarela, pengeluaran produk Duncan Hines tertentu. Antaranya kek pracampur 'Classic White' dan tiga jenis kek pracampur lain yang dihasilkan pada tempoh yang sama," menurut FDA, sambil menambah lima kejadian penyakit disebabkan salmonella sedang disiasat.

"Salmonella adalah sejenis organisme yang boleh menyebabkan jangkitan yang serius dan boleh membawa maut kepada kanak-kanak, warga emas dan mereka yang tidak mempunyai sistem daya tahan tubuh yang kuat," menurut FDA.

"Beberapa individu melaporkan mereka memakan kek pracampur itu lalu menjadi sakit dan ada juga yang memakan produk-produk ini tanpa dibakar," tambahnya.

Media Amerika Syarikat melaporkan lebih 2 juta kotak Duncan Hines sudah ditarik balik.

Dalam kenyataannya, AVA menyatakan bahawa ia sudah menjalankan pemeriksaan dan mengesahkan bahawa kek pracampur konfeti itu sudah diimport masuk ke Singapura.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, pengimport secara sukarela menarik balik produk yang terjejas. Langkah menarik balik sudah selesai dijalankan," menurut AVA.

AVA turut menasihati para pelanggan yang membeli produk itu supaya tidak menggunakan atau memakannya, dan menghubungi Phoon Huat di 6654-4333 bagi sebarang pertanyaan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan