Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kegiatan RLA di masjid kini diperluas, rangkumi isu nasional seperti sekitaran, penjimatan air

RLA mahu terus membina kecekapan di kalangan belia agar dapat meneruskan usaha RLA di peringkat tempatan dan luar negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Kegiatan RLA di masjid kini diperluas, rangkumi isu nasional seperti sekitaran, penjimatan air

Beg cenderahati berisi makanan sedang diagihkan. (Gambar: MUIS)

Diterbitkan : 26 Sep 2015 07:10PM Dikemas Kini : 26 Sep 2015 07:40PM

SINGAPURA: Bulan Rahmatan Lil Alamin sampai ke kemuncaknya petang tadi dengan majlis penutup berupa jamuan anjuran Kelompok Masjid Barat Daya.

Memandang ke hadapan, RLA mahu terus membina kecekapan di kalangan belia agar dapat meneruskan usaha RLA di peringkat tempatan dan luar negara.

Sejak sedekad lalu, Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLA) telah berjaya membangun keupayaan para belia dengan memberikan geran untuk projek-projek di dalam dan luar negeri.

Tahun demi tahun, kegiatan RLA juga bersifat lebih inklusif dengan penglibatan masyarakat bukan Islam.

Contohnya, acara hari ini melibatkan para belia dari Persatuan Rakyat yang menyingsing lengan dengan relawan belia masjid untuk menghidangkan beriani kepada penerima bantuan Comcare, Pusat Khidmat Masyarakat Pasir Panjang Hill, dan Rumah Rawatan Jamiyah Darul Syifa'.

Erti Rahmatan Lil Alamin mendatangkan manfaat untuk semua. Jadi, dalam menjalankan kerja itu juga, kita melibatkan banyak institusi seperti Mercy Relief, Red Cross, Ren Ci Hospital dan seterusnya yang dapat sama-sama menjalankan kerja-kerja ini kerana yang pentingnya ialah kita semua secara bersama, membawa sumbangan yang baik dan yang penting meningkatkan taraf masyarakat terutama sekali mereka yang memerlukan," jelas Pemegang Amanah RLA, Encik Zainul Abidin Ibrahim.

Kegiatan RLA di masjid-masjid juga kini semakin diperluaskan untuk merangkumi isu-isu nasional.

"Dari tahun ke tahun, RLA telah memberi kami peluang untuk memperluaskan kepada isu sekitaran, penjimatan air dan elektrik, dan juga untuk memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan seperti penghuni rumah tumpangan dan juga mereka yang di dalam lingkaran kesukaran," kata Encik Abdul Rahman Bakar, Pengurus Besar, Kelompok Masjid Barat Daya

Dalam pada itu, kelompok masjid Timur Laut juga hari ini menganjurkan program menderma darah di Masjid Darul Ghufran.

RLA berharap budaya Rahmatan Lil Alamin ini dapat terus berdarah daging dalam diri setiap lapisan masyarakat terutama golongan belia.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan