Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kedai kopi Jurong West terbakar; punca kebakaran disiasat

Satu kebakaran berlaku di sebuah kedai kopi di Jurong West pada pagi tadi (21 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai kopi Jurong West terbakar; punca kebakaran disiasat

SCDF giat padam api di kedai kopi Jurong West pada Rabu (21 Nov). (Gambar: Roy Teo)

Diterbitkan : 21 Nov 2018 02:38PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 02:50PM

SINGAPURA: Satu kebakaran berlaku di sebuah kedai kopi di Jurong West pada pagi tadi (21 Nov).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan tentang kejadian di 964 Jurong West Street 91 pada sekitar 9.00 pagi.

Tiada kecederaan dilaporkan dan kebakaran berjaya dipadamkan menggunakan satu jet air, menurut SCDF.

Seorang pembaca Mediacorp mengatakan bahawa kebakaran tercetus di sebuah gerai dalam kedai kopi itu.

Satu video yang dikongsi di media sosial menunjukkan asap tebal di kedai kopi dan menyelubungi kawasan itu sedang kereta bomba dikerahkan ke tempat kejadian.

Punca kebakaran masih lagi disiasat.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan